PENDAPATAN lumayan 29 petani usahakan tanaman tembikai susu di Projek Tanaman Kel0mpok Hutan Banggol Kota Bharu.
Tanaman tembikai susu atau ‘honey dew’ mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai dan memberi pulangan lumayan kepada pekebun yang mengusahakannya.
Kebiasaannya buah ini dijual pada harga tinggi di pasaran runcit iaitu RM2.50 bagi sekil0gram manakala RM1.20 sehingga RM1.80 sekilogram dijual kepada pemborong.
Bagi 29 petani di Pr0jek Tanaman Kelompok Hutan Banggol Kota Bharu mereka rata-rata memperoleh pendapatan lumayan dengan purata melebihi RM10,000 bagi tempoh semusim.
Mereka mengusahakan tanaman tembikai susu di atas tanah seluas 24 hektar dengan purata seorang memperoleh tanah seluas o.8 hektar.
Nor Nazuwa Ibrahim, 2o, dia membantu bapanya, Ibrahim Hassan, 42, menanam tembikai susu sejak lebih lima tahun lalu.
Katanya, tanah seluas o.8 hektar itu mampu menghasilkan 20 tan tembikai susu bagi semusim.
“Tanaman tembikai susu ini mengambil masa selama dua bulan untuk mengutip hasil. Dalam tempoh setahun, kami menanam tanaman ini dalam tiga musim iaitu awal, tengah dan akhir tahun.
“Hasil tanaman ini akan dijual kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) atau kepada pemborong yang datang ke kebun dan secara runcit.
“Alhamdulillah, kebun kami mengeluarkan hasil yang banyak dan mampu menampung permintaan daripada Fama mahupun pemborong,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, penjagaan tembikai susu juga tidak ru*mit kerana ia hanya perlu cukup air untuk membesar dan mengeluarkan buah yang manis.
Katanya, bermula membersihkan kebun, proses menanam, membaja dan mengutip hasil, dia bersama adik- beradik membantu bapa bagi memastikan ia berjalan dengan lancar
“Saya bersama adik-beradik akan membantu ayah di kebun untuk menjayakan tananam ini.
“Alhamdulillah setakat ini, kebun kami mengeluarkan banyak hasil dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli sama dalam negeri atau di luar Kelantan yang dipasarkan Fama.
“Kami juga tidak perlu bersusah payah mencari pasaran kerana sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan membeli secara borong dari kebun,” katanya.
Menurutnya, walaupun terpaksa bergelumang dengan tanah dan bekerja di bawah panas terik matahari, dia bangga kerana dapat membantu bapanya di kebun termasuk mengutip hasil buah masak.
“Pada musim tengku*juh pekebun di kawasan itu menggantikan tembikai susu dengan sayur-sayuran lain kerana air yang banyak tidak sesuai untuk tanaman tembikai susu.
“Tidak rugi kita berbudi pada tanah kerana ia memberi pulangan yang tinggi. Saya bangga dapat turut menanam tembikai susu ini.
“Saya juga dapat belajar selok-belok dalam bidang pertanian,” katanya yang bekerja di sebuah kafe di bandar Kota Bharu.
Petani, Hashim Daud, 58, berkata, semua pekebun di kawasan itu menanam tembikai susu.
Hashim yang tinggal di Kampung Sireh berkata, petani di kawasan itu kebanyakan mempunyai pengalaman kerana rata-rata mereka menanam tembikai susu sejak lebih 15 tahun lalu.

“Saya mula menanam tembikai susu sejak 19 tahun lalu dan bersyukur kerana hasilnya dapat menyara keluarga.
“Tanah di kawasan ini sangat sesuai dengan tanaman tembikai susu kerana kawasan yang lapang dan dilengkapi kemudahan air.
“Kami hanya perlu menjaga tanaman ini supaya ia dapat mengeluarkan hasil yang banyak seterusnya menampung keperluan,” katanya.
Menurutnya, purata hasil pendapatan petani di kawasan itu melebihi RM10,000 bagi semusim.
Katanya, jika p0kok mengeluarkan hasil yang banyak, pekebun akan memperoleh pendapatan yang lebih.
“Kebun di kawasan ini dapat bertahan lama kerana kami saling membantu terutama dalam menjaga tanaman,” katanya.
NOR Nazuwa menunjukkan tembikai susu dihasilkan di Projek Tanaman Kelompok Hutan Bangg0l (gambar paling atas)
Sumber: Harian Metro