Penyαkit Pokok Durian Dan Cara Rαwαtαn

Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai penanam, terdapat beberapa jenis penyakit pokok durian yang sering menyerang terutamanya kuIat yang boleh menyebabkan kemαtian pokok. Setiap serangan kuIat yang berbeza memerlukan racun kuIat yang berbeza bahan aktifnya.

Saya akan mengkategorikan penyakit pokok durian kepada 2 kumpulan iaitu penyakit kulat dan penyakit serangga perosak.

Ada di antara penyakit-penyakit yang dibincangkan di sini dihadapi sendiri oleh pokok-pokok durian di kebun saya dengan gambar-gambar yang sebenar pada daun atau bahagian lain pokok.

Penyakit-penyakit Kulat:

Walaupun durian dikategorikan sebagai pokok tropika, serangan kulat biasanya terjadi terutamanya pada musim hujan atau pada musim dengan keIembapan yang tinggi dan panas sewaktu siang.

Daun-daun yang dijangkiti kuIat ini tidak akan sembuh. Praktis yang baik adalah memotong daun-daun yang sakit dan kemudian dibakar.

Daun-daun pokok yang teIah gugur pada tanah keliling pangkal juga harus dikumpulkan dan dibuang. Ini adalah kerana spora kuIat ini masih hidup pada sisa-sisa daun yang telah jatuh.

Pengaliran udara pada kanopi pokok perlu diperbaiki dengan cara membuat pemangkasan. Pastikan aliran udara adalah baik dan tiada teduhan daripada pokok-pokok besar sekeliling yang lain.

Hentikan pembajaan kimia NPK pada tempoh rawatan dan hanya mengaplikasikan baja organik pada pokok yang sedang dirawat.

Penyakit pokok durian yang disebabkan oleh serangan kulat yang pertama saya bincangkan disini iaIah hawar daun/pucuk.

1. Hawar Daun/Pucuk

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya, pokok durian Musang King amat mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia soIani atau dikenali sebagai hawar daun jika dibandingkan dengan klon-klon lain contohnya klon Duri Hitam dan klon IOI.

Kulat ini menyerang daun dan pucuk. Pada daun ia kelihatan seperti tompokan air dengan corak rawak yang berwarna perang. Dalam kebanyakan kes, bahagian tompokan ini akan mengering.

Pada pucuk/tunas pokok durian pula, kuIat ini menyebabkan pucuk/tunas mengerekot dan akhirnya mengering. Pokok dalam kebanyakan kes akan mula mengeluarkan tunas-tunas baru di dahan-dahan yang lain secara rawak (survival mode).

Kadar kematian pada anak-anak benih durian bersaiz 2 kaki ke bawah diperhatikan agak tinggi apabila dijangkiti dengan kulat R. solani.

– Langkah Rawatan
– Penyebab penyakit: Keadaan yang Iembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik

– Racun kulat bahan aktif: Pencycuron (jenama Monceren)

– Kepekatan bancuhan: 20g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh, buang atau potong daun yang telah dijangkiti hawar daun.

2. Karat Daun

Daun mempunyai tompok-tompok berwarna seperti karat. Penyakit ini disebabkan oleh lumut Cephaleuros virescen. Biasanya menyerang pada musim hujan atau pada keadaan sekeliling yang lembap dengan aliran udara yang tidak baik.

Ia juga biasa dilihat pada daun-daun yang berada di dahan-dahan yang rendah atau hampir kepada tanah.

Serangan karat daun diperhatikan konsisten pada klon-klon durian yang berbeza yang mempunyai keadaan sekeliling yang sama.

– Langkah Rawatan
– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik

– Racun kulat bahan aktif: Copper oxychloride (jenama Coprantol 870)

– Kepekatan bancuhan: 16g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

3. Bintik Daun

Bintik-bintik hitam dan dikelilingi dengan bentuk cincin berwarna kuning. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Phomopsis durionis.

Biasanya menjangkiti anak-anak benih durian yang berumur 1-3 bulan lepas cantuman pada pemerhatian saya.

– Langkah Rawatan
– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik

– Racun kulat bahan aktif: Carbendazim (jenama Bavistin atau Kombat)

– Kepekatan bancuhan: 25g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

4. Cendawan Angin

Jangkitan kulat ini disebabkan oleh spesis kulat Corticum salmonicolor. Pada permulaan serangan, kulat ini kelihatan sebagai jaringan miselium putih pada batang, dahan atau ranting.

Dalam keadaan yang lembap, ia akan bertukar kepada warna jingga atau merah jambu dan berbentuk gegelung.

Dahan atau ranting yang dijangkiti jika tidak dirawat akan mati. Walaupun bagaimanapun, pokok tidak akan mati.

Cendawan angin biasanya menjangkiti pokok-pokok matang berusia empat atau lima tahun ke atas yang mempunyai kanopi yang rendang dan berkembang dengan sempurna.

– Langkah Rawatan
– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap berpanjangan atau pada musim hujan. ditambah pula oleh pengaliran udara yang tidak baik di dalam kawasan kanopi.

– Racun kulat bahan aktif: Mana-mana jenama racun kulat dengan bahan aktif copper, copper oxide, copper hydroxide, copper oxychloride atau triadimefon.

– Kepekatan bancuhan: Bergantung syor pengeluar racun pada label

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

Bahagian dahan, batang atau ranting yang telah mati perlu dipotong dan dibakar. Luka pada bahagian potongan disapu dengan racun kulat atau tree dressing.

Pengetahuan Berkenaan Racun Kulat – Penting!
Bagi seorang pekebun durian, ilmu berkenaan racun kulat dan pengalaman praktikal yang berikut adalah amat penting untuk dipelajari:

adalah amat penting untuk dipelajari:

Jenis racun kulat (sentuh atau sistemik, specific atau umum)

Boleh mengenalpasti jenis kulat yang menyerang pokok.

Mengetahui bahan aktif atau ‘trade name’ racun untuk jenis kulat yang menyerang.

Waktu semburan yang sesuai
Proses ‘decision making’ samada untuk mengulangi semburan racun kulat yang sama atau menukar kepada racun kulat yang lain jika tiada pemulihan dilihat pada pokok.

Penggunaan cuka kayu sebagai pencegahan atau kawalan serangan awal organik.

Saya telah menulis artikel khusus berkenaan dengan ilmu racun dengan mendalam yang boleh dibaca di artikel ini.

Penyakit Serangga Perosak:
Berdasarkan pengalaman saya, serangan serangga perosak jarang menyebabkan kematian kepada pokok durian kecuali serangan ‘stem borer’ atau ulat pengorek batang.

Mari kita bincangkan satu persatu jenis-jenis serangga perosak yang biasa menyerang pokok durian dan cara-cara menghapuskannya.

1. Teritip Daun

Kelihatan serangga teritip di sebelah bawah daun
Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas. Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah.

Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang akan merencatkan klorofil pada daun.

– Langkah Rawatan
Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil + dimethoate. Ulangi seminggu sekali.

Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru.

Oleh itu, jangan bimbang jika pokok menggugurkan hampir keseluruhan daun yang dijangkiti.

Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu 99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada bajet pekebun.

2. Kutu Psyllid

Biasanya dapat dilihat menyerang pucuk-pucuk dan daun-daun muda pokok durian. Di kebun saya ia tidak menjadi ancaman yang besar kerana bilangannnya yang kecil.

Serangan kutu ini dalam jumI niah yang besar akan menyebabkan pucuk dan daun muda menjadi mengerekot dan akhirnya kering dan gugur.

Kutu psyllid dan larvanya menghisap cecair daun pokok dan bertelur pada lapisan tisu daun. Saiz larva ialah 1mm dan apabila dewasa akan berubah kepada kutu yang mempunyai ekor berbulu panjang bewarna putih.

– Langkah Rawatan
Terdapat beberapa jenama racun serangga yang boleh digunakan untuk membasmi kutu psyllid. Senarai racun yang telah dicuba dan didapati berkesan ialah: Confidor (Bayer), Cypermethrine, Abamectin dan Solomon (Bayer).

Beberapa pekebun durian juga telah memberitahu saya penggunaan racun serangga aerosol domestik seperti Bygon dan Ridsect juga berkesan. Pastikan racun serangga aerosol ialah dari jenis ‘water-based’.

Perlu difahami di sini ialah semburan yang pertama akan membunuh kutu psyllid dewasa dan bukan telurnya. Semburan perlu diulangi selepas 5 hari untuk menghapuskan larva yang telah menetas.

3. Ulat Pengorek Batang
Pada pendapat saya, penyakit pokok durian yang paling merbahaya (disebabkan oleh serangga perosak) ialah ulat pengorek batang atau ‘stem-borer’.

Ulat pengoreng batang iaIah larva beberapa spesis kumbang yang terdapat di dalam hutan atau ladang-ladang dan kebun.

Dalam kebanyakan kes, penanam durian perlu memerhati dan membezakan antara batang pokok durian yang terkena serangan kulat kanker atau serangan stem-borer yang boleh dilihat sebagai sama pada mulanya.

Sebagai panduan pembaca, perbezaan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti serangan yang mana satu sedang berlaku ialah kewujudan lubang atau lubang-lubang pada permukaan batang samada mengeluarkan Ielehan ataupun tidak.

Jika tiada lelehan atau cairan daripada lubang ini bermaksud serangan stem-borer. Namun begitu, ia bukanlah diagnosis yang 100% tepat. Apapun, rawatan dengan cara mengikis kulit pokok dan mendedahkan kaviti lubang akan memberikan petanda yang tepat.

Untuk gambar kes di atas, seIepas kulit dan bahagian kambium batang pokok dikikis, kita dapat melihat Iarva stem-borer tersebut (gambar bawah). Kita kemudiannya boleh meneruskan proses rawatan pokok dengan menggunakan racun serangga perosak yang sesuai.


Langkah Rawatan
Cara merawat penyakit pokok durian ini ialah dengan mengikis bahagian kulit dan kambium yang telah rosak menggunakan pisau, parang atau besi pengikis.

Kemudiannya, guna racun serangga dengan bahan aktif lambda-cyhalothrin. Diantara jenama dengan bahan aktif ini ialah Karate (Syngenta).

Terdapat kemungkinan ada larva-larva yang masih bersembunyi oleh itu aplikasikan racun ini di keseluruhan kawasan yang dijangkiti atau rosak.

Kaedah yang lebih murah ialah dengan menyembur racun serangga aerosol water-based ke dalam lubang (tanpa mengikis). Kaedah ini agak berisiko kerana pokok mungkin mati disebabkan oleh semburan ke dalam batang yang berlebiha – Kredit Bukittapahdurian dot com

Leave a Comment