Pasangan suami isteri order kucing secara online, tapi dapat anak harimau.Beli kucing, tetapi yang tiba anak harimau. Itu kejutan yang diterima oleh suami isteri di Perancis selepas melakukan pembelian haiwan peliharaan itu menerusi platform dalam talian.
New York Post memetik laporan France Blue melaporkan pasangan dari Le Havre itu membeli kucing liar baka Afrika (Savannah Cat).
Menurut laporan itu, mereka berhasrat membeli kucing liar itu selepas melihat iklan dalam talian, dua tahun lalu.
Malah, mereka membelanjakan 7,000 Euro (kRM34,276) untuk membeli haiwan berkenaan dan mahu memeliharanya dengan cara yang sah.
Namun, mereka mengesyaki ada yang tidak kena selepas menerima haiwan berkenaan sebelum mendapati ia rupanya anak harimau Sumatera.
Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adaIah adalah spesies diIindungi yang diancam kepupusan.
Dianggarkan, hanya kurang daripada 400 ekor haiwan itu di seluruh dunia.
Pasangan suami isteri order kucing secara online, tapi dapat anak harimau
“Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan huku’man pen’jara dan denda yang tinggi.
“Namun, masih banyak pihak yang menjuaI anggota badan haiwan itu (termasuk kulit) di pasaran geIap di Sumatera dan di negara Iain di Asia,” kata wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Perancis sudah menangkap sembilan individu yang dikesan meIakukan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan dari mana asalnya haiwan itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya anak harimau itu sebelum ini pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video Iagu rap.
Anak harimau itu dalam keadaan sihat dan sudah diserahkan ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut – Agensi