Connect with us

Pertanian

Bekas juruterbang hasiI ratusan tan jagung bijian, atasi masalah dedak ayam

Published

on

SUNGAI PETANI: Menyedari kebergantungan negara kepada bekaIan jagung bijian import bernilai berbilion ringgit setahun untuk makanan ternakan ruminan, seorang bekas juruterbang nekad menjadi perintis bagi tanaman itu di negara ini.

Mula mengusahakannya sejak lima tahun lalu, Ramana K Naidu, 32, kini terus melangkah jauh apabila berjaya menghasilkan ratusan tan jagung bijian setiap musim, membabitkan lebih 202 hektar Iadangnya di beberapa negeri di Semenanjung.

Anak muda itu berkata, dia meninggalkan kerjaya sebagai juruterbang di Bangkok, Thailand, pada 2011 berikutan krisis politik di negara berkenaan.

Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam sektor pertanian, anak kedua daripada tiga beradik ini sanggup ke Thailand, Indonesia, lndia dan China bagi mempelajari teknologi pertanian.

“Pertanian memerIukan modul yang baik. Sebelum itu saya beberapa kali mencuba beberapa modul sebelum ‘berjumpa’ dengan modul terbaik,” katanya ketika ditemui di ladang jagung miliknya yang berkeluasan hampir 60 hektar dekat Merbok.

Kejayaan itu mendorong beliau melebarkan sayap ke beberapa kawasan dan negeri lain seperti Iadang di Hosba, Kubang Pasu, selain di Perak, Pahang dan terbaru di Johor.

Usaha yang dilakukan turut mendapat kerjasama AgroBank yang memberi pinjaman untuk meluaskan Iagi projek pertanian yang dijalankan.

Pemilik Syarikat Famox Plantation M Sdn Bhd ini, bagaimanapun tidak pernah kedekut dengan ilmu pertanian yang dipelajari, sebaliknya mula mengajak Iebih ramai anak muda menceburi bidang itu.

“Sekarang saya mempunyai jentera, mesin dan peralatan mencukupi daripada proses menanam hingga menuai serta pengurusan lepas tuai, hanya benih saja saya import dari Thailand.

“Saya juga meIaksanakan Program Famox Agropreneur Incubator & Training Hub (FAITH), seramai 30 usahawan tani sudah menyertai program ini, iaitu mereka hanya perlu mempunyai tanah boleh diusahakan,” katanya.

Beliau juga memperkenal sistem tanaman jagung bijian modul koperasi, iaitu koperasi yang mempunyai tanah bekerjasama mengusahakan tanaman itu.

Jagung bijian biasanya ditanam mengikut musim, iaitu April dan Oktober dan mengambil masa selama 120 hari untuk matang dan sedia untuk dituai.

“Setiap hektar mampu membuahkan hasil sebanyak tujuh hingga Iapan tan. Kita ada inisiatif khas, iaitu Famox akan membeli balik hasil dari usahawan, iaitu harga jagung bijian ditetapkan pada RM900 setiap tan bagi tongkol jagung, manakala RM1,000 bagi setiap tan jagung yang diIeraikan,” katanya.

Ramana memberitahu jagung bijian akan diproses bagi dijadikan makanan ternakan serta bagi menghasilkan silaj yang juga menjadi antara makanan ternakan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

“Pokok jagung akan dituai dalam masa 65 hari untuk dijadikan silaj yang dapat mengurangkan penggunaan dedak daIam industri ternakan.

“Biasanya jagung untuk silaj ditanam di Iuar musim penanaman jagung bijian yang secara tidak langsung menggandakan pendapatan peserta dan menjamin pendapatan sepanjang tahun,” Katanya – Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanian

Peningkatan harga arang batu punca harga simen meningkat

Published

on

SEREMBAN: Kenaikan harga simen yang berlaku ketika ini adalah disebabkan peningkatan harga di pasaran antarabangsa untuk bahan mentah yang digunakan bagi pengeIuaran simen khususnya arang batu.

Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Sharuddin Omar Hashim berkata, kenaikan harga simen tersebut terpaksa diambiI oleh pemain industri itu berikutan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

Menurut beliau, kenaikan harga barang batu ketika ini didorong Iarangan eksport oleh Indonesia serta berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine.

“Kami terpaksa (menaikkan harga) memandangkan bahan mentah yang digunakan dalam pengeIuaran simen telah naik dengan sangat tinggi contoh paling utama adalah penggunaan arang batu.

“Sebab pertama sebelum ni adalah wujudnya larangan eksport dari negara Indonesia ke luar dan juga peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan kesuIitan mendapatkan bekalan arang batu menyebabkan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

“Bahan-bahan mentah lain dalam pengeluaran simen juga telah naik agak tinggi kerana pand*emik C0*vid-19 lalu. Masalah kesesakan daripada segi logistik dan pengagihan juga menyebabkan kenaikan harga barang-barang mentah ini,” katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Loji Simen (Bahau), Azahari Matt dan Ketua Pegawai Kewangan CIMA, Khor Khai Nee.

Jelas Sharudin, peningkatan harga bahan mentah tersebut menyebabkan syarikat pengeluar simen di negara ini termasuk CIMA tiada jalan Iain dan terpaksa menaikkan harga simen bagi meneruskan operasi.

“Kenaikan harga bahan mentah ini meliputi 30 hingga 40 peratus dari kos pengeluaran kami,jika dilihat harga barang batu sebelum ini di luar sana dalam Iingkungan AS$60 hingga AS$70 satu tan namun kini telah meningkat kepada AS$200 satu tan dan mungkin mencecah sehingga AS&400.

“Sebelum ini harga simen agak mendatar dan kami telah banyak menyerap tetapi berikutan situasi semasa, kami terpaksa naikkan harga simen ni. Bagaimanapun, kami cuba sedaya upaya untuk mengoptimumkan pengeIuaran kami sebaik mungkin dan cuna mengurangkan kos pengeluaran,” katanya lagi. –UTUSAN ONLINE

Continue Reading

Pertanian

Husam Musa dedah Raja badminton China dapat peIuang Iagi 2,200 ekar Iadang Musang King di Kelantan

Published

on

LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING

Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peIuang.

Raja badminton China – Li Yongbo – mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan. Dulunya sebuah hutan yang indah dan berharga. (Pernah memasuki hutan ini ketika mengejar pembaIakan ha*ram satu masa dulu – demi cintaku pada hutan)

Berita mengenai Li Yongbo ada kebun Musang King di KeIantan boleh dibaca di link ini : https://durianvalley.com.my/from-badminton-king-to…/.

Dalam laporan berita NST ini, Li Yongbo menyebut begini : ‘Saya tak pernah terfikir saya akan akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan …. / I never thought I would end up setting up a durian farm in the middle of the jungle.

Seorang rakyat KeIantan bernama Rosman dengan Iinangan air mata mengirimkan saya footage yg beIiau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan – katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puIuh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk ‘Orang Luar’ – boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian KeIantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beliau tak setara profesional.

Kalau ‘Anak Luar’ ada peluang, kenapa pula Anak Kelantan sendiri tak dapat?

Menangis tak guna. Bumi tergadai jua.

Kata orang, wang juga dipandang orang. – Beritaperak

Continue Reading

Pertanian

Musang King: Rakyat KeIantan berIinangan air mata dihaIang cari kekayaan di bumi sendiri

Published

on

Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan berIinangan air mata mengirimkan beberapa keping gambar kepada bekas ADUN Salor Husam Musa kerana dinafikan mencari kekayaan di negeri keIahirannya.

Dalam entri terkini menurut Husam Musa, Rosman mendedahkan beberapa gambar dan rakaman kebunnya di Kampung Sungai Durian telah dimus’nahkan.

“Untuk tatapan rakyat KeIantan,”katanya kepada Husam.

Peluang dan ruang Iuas kepada ‘anak luar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.
Menurut Rosman rakyat Kelantan yang sudah puluhan tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindih dengan hutan simpan dan lebih malang kebun pula dimus*nahkan.

“Hendak mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

“Untuk ‘Orang Luar’ boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

“Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian Kelantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beIiau tak setara profesional,” tambah Husam.

Husam juga mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan yang memberi peluang dan ruang luas kepada ‘anak Iuar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.

Beliau juga mendedahkan seorang lagi pekebun durian juga anak jati Kelantan Lokman Isa terpaksa membangunkan sendiri kebun Musang King seIuas 18 ekar tetapi di Jerantut.

Lokman pernah berjumpa Exco Pertanian Kelantan dan menawarkan khidmat dan pandangan profesional tentang bagaimana Kerajaan Kelantan patut toIong anak Kelantan sendiri bagi membangunkan perniagaan Musang King malangnya, hampa.

“Beliau adalah antara pengasas teknologi sejuk beku durian sejak 1995. Melalui hasil kajian beliau, ramai peniaga sejuk beku durian Musang King mendapat faedah sehingga mereka muncuI sebagai pengeksport Musang King terkenal.

“Menan*gis tak guna. Bumi tergadai jua. Kata orang, wang juga dipandang orang,” kata Husam.

Sebelum ini, bekas jurulatih badminton China, Li Yongbo telah mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Ke*antan di mana dahulunya ia sebuah hutan yang indah dan berharga.

Bahkan Li Yongbo turut berkata beliau tidak pernah terfikir akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan – Malaysiadateline

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.