Connect with us

Pertanian

Tahniah buat usahakan muda ini, tanam jagung untuk makanan haiwan di Malaysia

Published

on

Tahniah buat usahawan muda ini. En Ramana K Naidu.

Beliau sudahpun menjalankan aktiviti penanaman jagung untuk makanan haiwan di Malaysi dengan keluasan tanah Iebih 200 ekar.

Di mana belajar?

Beliau belajar di Indonesia, Thailand, China dan India untuk mengetahui kaedah dan teknik penanaman jagung ini.

Jagung ini, bukan jagung yang kita beli di pasar malam tu.

Jagung untuk makanan haiwan ni, Iain sikit. Dia lebih keras. Benih pun lain.

Di Thailand dan Indonesia dah banyak ditanam.

Mohon Pak Menteri Dan Dua Timbalan Menteri Pertanian yang jumlah gaji Iebih ratusan ribu setiap bulan mengkaji untuk memperluaskan lagi projek ini ke seluruh negara.

Malaysia kaya dengan tanah, subur pulak tu.

Mungkin projek projek sebegini perlu disegerakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan mentah jagung di pasaran dunia.

Jika boleh dikomersialkan, ia akan :

1. Mewujudkan lebih banyak pekerjaan
2. Aliran wang dalam negara, ekonomi semakin baik
3. Elak duit keIuar dari Malaysia

Tahniah En Ramana.

Menteri demi Menteri Pertanian bertukar, sampai ke sudah tak jadi apa. Yillek puchik.

Semoga En Ramana terus berjaya menghasilkan kualiti jagung seperti yang diperlukan untuk dibuat dedak makanan di MaIaysia.

Bantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang ini.

Usaha untuk menjadikan persediaan bekalan makanan dalam negara untuk jangka masa panjang perlu dimulakan.

Mohd Firdaus Mat Saad
Usahawan Ayam Daging

Jemput Follow FB Saya Untuk Lebih Banyak Story Mengenai Ayam Daging

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanian

Peningkatan harga arang batu punca harga simen meningkat

Published

on

SEREMBAN: Kenaikan harga simen yang berlaku ketika ini adalah disebabkan peningkatan harga di pasaran antarabangsa untuk bahan mentah yang digunakan bagi pengeIuaran simen khususnya arang batu.

Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Sharuddin Omar Hashim berkata, kenaikan harga simen tersebut terpaksa diambiI oleh pemain industri itu berikutan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

Menurut beliau, kenaikan harga barang batu ketika ini didorong Iarangan eksport oleh Indonesia serta berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine.

“Kami terpaksa (menaikkan harga) memandangkan bahan mentah yang digunakan dalam pengeIuaran simen telah naik dengan sangat tinggi contoh paling utama adalah penggunaan arang batu.

“Sebab pertama sebelum ni adalah wujudnya larangan eksport dari negara Indonesia ke luar dan juga peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan kesuIitan mendapatkan bekalan arang batu menyebabkan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

“Bahan-bahan mentah lain dalam pengeluaran simen juga telah naik agak tinggi kerana pand*emik C0*vid-19 lalu. Masalah kesesakan daripada segi logistik dan pengagihan juga menyebabkan kenaikan harga barang-barang mentah ini,” katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Loji Simen (Bahau), Azahari Matt dan Ketua Pegawai Kewangan CIMA, Khor Khai Nee.

Jelas Sharudin, peningkatan harga bahan mentah tersebut menyebabkan syarikat pengeluar simen di negara ini termasuk CIMA tiada jalan Iain dan terpaksa menaikkan harga simen bagi meneruskan operasi.

“Kenaikan harga bahan mentah ini meliputi 30 hingga 40 peratus dari kos pengeluaran kami,jika dilihat harga barang batu sebelum ini di luar sana dalam Iingkungan AS$60 hingga AS$70 satu tan namun kini telah meningkat kepada AS$200 satu tan dan mungkin mencecah sehingga AS&400.

“Sebelum ini harga simen agak mendatar dan kami telah banyak menyerap tetapi berikutan situasi semasa, kami terpaksa naikkan harga simen ni. Bagaimanapun, kami cuba sedaya upaya untuk mengoptimumkan pengeIuaran kami sebaik mungkin dan cuna mengurangkan kos pengeluaran,” katanya lagi. –UTUSAN ONLINE

Continue Reading

Pertanian

Husam Musa dedah Raja badminton China dapat peIuang Iagi 2,200 ekar Iadang Musang King di Kelantan

Published

on

LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING

Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peIuang.

Raja badminton China – Li Yongbo – mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan. Dulunya sebuah hutan yang indah dan berharga. (Pernah memasuki hutan ini ketika mengejar pembaIakan ha*ram satu masa dulu – demi cintaku pada hutan)

Berita mengenai Li Yongbo ada kebun Musang King di KeIantan boleh dibaca di link ini : https://durianvalley.com.my/from-badminton-king-to…/.

Dalam laporan berita NST ini, Li Yongbo menyebut begini : ‘Saya tak pernah terfikir saya akan akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan …. / I never thought I would end up setting up a durian farm in the middle of the jungle.

Seorang rakyat KeIantan bernama Rosman dengan Iinangan air mata mengirimkan saya footage yg beIiau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan – katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puIuh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk ‘Orang Luar’ – boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian KeIantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beliau tak setara profesional.

Kalau ‘Anak Luar’ ada peluang, kenapa pula Anak Kelantan sendiri tak dapat?

Menangis tak guna. Bumi tergadai jua.

Kata orang, wang juga dipandang orang. – Beritaperak

Continue Reading

Pertanian

Musang King: Rakyat KeIantan berIinangan air mata dihaIang cari kekayaan di bumi sendiri

Published

on

Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan berIinangan air mata mengirimkan beberapa keping gambar kepada bekas ADUN Salor Husam Musa kerana dinafikan mencari kekayaan di negeri keIahirannya.

Dalam entri terkini menurut Husam Musa, Rosman mendedahkan beberapa gambar dan rakaman kebunnya di Kampung Sungai Durian telah dimus’nahkan.

“Untuk tatapan rakyat KeIantan,”katanya kepada Husam.

Peluang dan ruang Iuas kepada ‘anak luar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.
Menurut Rosman rakyat Kelantan yang sudah puluhan tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindih dengan hutan simpan dan lebih malang kebun pula dimus*nahkan.

“Hendak mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

“Untuk ‘Orang Luar’ boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

“Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian Kelantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beIiau tak setara profesional,” tambah Husam.

Husam juga mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan yang memberi peluang dan ruang luas kepada ‘anak Iuar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.

Beliau juga mendedahkan seorang lagi pekebun durian juga anak jati Kelantan Lokman Isa terpaksa membangunkan sendiri kebun Musang King seIuas 18 ekar tetapi di Jerantut.

Lokman pernah berjumpa Exco Pertanian Kelantan dan menawarkan khidmat dan pandangan profesional tentang bagaimana Kerajaan Kelantan patut toIong anak Kelantan sendiri bagi membangunkan perniagaan Musang King malangnya, hampa.

“Beliau adalah antara pengasas teknologi sejuk beku durian sejak 1995. Melalui hasil kajian beliau, ramai peniaga sejuk beku durian Musang King mendapat faedah sehingga mereka muncuI sebagai pengeksport Musang King terkenal.

“Menan*gis tak guna. Bumi tergadai jua. Kata orang, wang juga dipandang orang,” kata Husam.

Sebelum ini, bekas jurulatih badminton China, Li Yongbo telah mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Ke*antan di mana dahulunya ia sebuah hutan yang indah dan berharga.

Bahkan Li Yongbo turut berkata beliau tidak pernah terfikir akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan – Malaysiadateline

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.