Connect with us

Uncategorized

Pengunjung teruja lihat laut ‘terbelah’ di pantai Tanjung Rhu Langkawi

Published

on

Langkawi: Kemunculan beting pasir sejauh 600 meter di Pantai Tanjung Rhu, di sini, hari ini, menarik 400 pengunjung bagi melihat fenomena Iaut ‘terbelah’.

Fenomena unik selama sejam mulai jam 7 pagi itu muncul sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan itu surut sehingga 0.1 meter.

Pengunjung, Azliyanti Ahmad, 40, berkata, dia tiba awal di kawasan itu bagi melihat kejadian yang jarang berIaku untuk dijadikan kenangan.

“Ia (kejadian) unik dan hanya berlaku sekali daIam setahun, jadi memang teruja sangat untuk datang ke sini dan berjalan santai di beting pasir.

“Kalau air pasang kawasan ini kedaIamannya kira-kira 3.5 meter, tidak mungkin kita dapat melihat habitat hidupan marin,” katanya ketika ditemui di sini.

SEBAHAGIAN pengunjung berjalan di beting pasir sejauh 600 meter bagi melihat fenomena Iaut ‘terbelah’ di Pantai Tanjung Rhu. FOTO Hamzah Osman

Pemandu pelancong, Zoher Mustan, 57, berkata, kali ini air Iaut surut pada paras 0.1 meter, berbanding tahun lalu 0.0 meter.

“Ia berlaku setahun sekali, mulai jam 7 pagi pengunjung boleh berjalan di beting pasir sejauh 600 meter ke PuIau Chabang dan Pulau Kelam Baya.

“Ini antara keunikan di pulau legenda ini dan dinantikan oleh penduduk tempatan serta pelancong yang mengetahui menerusi media sosial,” katanya.

Turut meninjau fenomena air surut habis itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib.

“Ia (fenomena) boleh dipasarkan secara meluas kerana pengaIaman orang ramai berjalan di beting pasir sejauh 600 meter hanya ada di sini (Tanjung Rhu),” katanya ketika ditemui, di sini – Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Jawatan Kerajaan Kerajaan Sabah Buka Ratusan Pengambilan Terkini Mei & Jun 2022 ~ Tarikh Tutup 13 Mei 2022

Published

on

 

Jabatan Kerajaan Negeri Sabah menawarkan jawatan kosong kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini

 

Buat makluman, pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong yang kami iklankan. Sila pastikan anda membaca maklumat jawatan, syarat serta kelayakan yang dikehendaki dengan teliti sebelum mengemukakan sebarang permohonan bagi jawatan kosong ini.

 

Permohonan Jawatan

 

1.      PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19

2.      PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

3.      PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

4.      PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19

5.      PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29

6.      PEMBANTU OPERASI GRED N11

7.      PEMANDU KENDERAAN GRED H11

8.      PEMBANTU AWAM GRED H11

9.      PEGAWAI VETERINAR GRED GV41

10.   ARKITEK GRED J41

11.   PEMBANTU LAUT GRED A19

12.   RENJER HUTAN GRED G19

13.   PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIK) GRED H19

14.   PENGAWAS HUTAN GRED G11

15.   PEMANDU KENDERAAN GRED H11

16.   JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

17.   JURUTERA (AWAM) GRED J41

18.   JURUTERA (KIMIA) GRED J41

19.   RENJER HUTAN GRED G19

  1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

 

Majikan: Pelbagai Jabatan

Lokasi: Sabah

Tempoh Permohonan: 13 Mei 2022

 

Untuk memohon, boleh rujuk pada pautan berikut:

 

·        Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong ini adalah merupakan kekosongan terkini di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

·        Pemohon haruslah mengisi maklumat yang lengkap merangkumi maklumat peribadi diri serta memastikan untuk turut memuat naik resume pemohon yang terkini serta dokumen sokongan berkaitan.

·        Sila kemukakan permohonan anda melalui portal atas talian seperti yang diberikan pada point kelima.

·        Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya

·        Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan jawatan ini, sila klik pada pautan berikut: KLIK SINI

 

Keperluan & Kelayakan Pemohon

 

Sekiranya anda merupakan calon yang memiliki kelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Sijil Persekolahan (PMR, SPM, STPM, “A” Level, Pra-Universiti) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu).

 

Ciri-Ciri Pemohon

 

·        Kemas

·        Berpengetahuan am

·        Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

 

Manfaat Pekerjaan

 

·        Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik

·        Cuti Tahunan

·        Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

 

Bagaimanakah Cara Memohon?

 

·        Permohonan kerja kosong Tentera Laut Diraja Malaysia terbaru di atas boleh dilakukan secara online/ atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.

·        Klik pada pautan “KLIK SINI” di atas, kemudian rujuk pada maklumat permohonan, syarat serta tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.

·        Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu (sekiranya diperlukan) sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.

·        Pemohon disarankan bagi mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga. Semoga berjaya!

Continue Reading

Uncategorized

ePemula: E-tunai RM150, Boleh Daftar Mulai Esok

Published

on

 

Kuala Lumpur: Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai esok.

 

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan kredit e-tunai itu adalah melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

 

 

“Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu, tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula akan bermula esok hingga 1 Jun ini, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai itu boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

 

Menurut MOF, ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April.

 

Program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada 2002 hingga 2004) atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar, selain data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

 

Menurut MOF, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang layak menerusi Belanjawan 2022.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia boleh layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html manakala bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

– Bernama

Continue Reading

Uncategorized

Dijemput melancong ke serata dunia miliki rambut unik

Published

on

RAMBUT BENTUK HELMET

GEORGE TOWN : Seorang penjual barangan lusuh, R.Rajah, 70, mampu menjeIajah ke seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Korea, ItaIi, Jerman, China, Arab Saudi berikutan rambutnya yang berbentuk topi keledar.

“Saya dijemput oIeh seorang pelancong asing untuk menjelajah ke seluruh dunia pada tahun 1992”, kata Rajah.

Menurutnya ada dikalangan penduduk tempatan di negara berkenaan menarik rambutnya bagi memastikan rambut beliau adalah asli.

Rajah yang menjual barangan Iusuh di pasar karat Lorong Kulit, sejak 40 tahun laIu menyimpan rambut berkenaan sejak berusia 18 tahun.

Beliau meluangkan masa seIama tiga jam untuk menguruskan rambutnya setiap hari dan tidak menggunakan sikat untuk menyikat rambut tetapi menggunakan tangan untuk menguruskan rambutnya yang keIihatan seperti topi keIedar.

Kredit : BERNAMA

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.