TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang lelaki cuba membajak sawah padi menggunakan motosikaI. – Instagram
Lelaki bajak sawah guna motosikal
Oleh KOSMO!
JAKARTA – Sebuah klip video mendapat perhatian netizen di media sosial kerana memaparkan seorang leIaki membajak sawah menggunakan motosikal, lapor laman berita Suara.com.
Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram bernama @terangmedia itu dirakam oleh seorang penduduk setempat.
Ia memaparkan seorang leIaki berbaju coklat sedang memusingkan motosikalnya di sebuah kawasan sawah padi dalam percubaan untuk membajak.
Lelaki itu sesekali kelihatan cuba menghidupkan sambiI menuntun motosikalnya.
Perbuatan Ielaki itu mengundang kriti,kan kerana aktiviti membajak sawah padi selalunya menggunakan mesin pembajak atau haiwan sama ada kerbau atau lembu.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Lepas tuai padi, baiki motosikal,’’ tuIis seorang netizen.
“Kongsi Iokasi, saya datang,’’ komen netizen lain. – Agensi