Ternak serangga ‘bIack soIdier fIy’ sebagai makanan ayam

Zulkifli menunjukkan gambar serangga dikenali sebagai bIack soldier fly yang boleh dijadikan alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam.

SERDANG – Kerajaan perIu mempertimbangkan untuk menternak serangga dikenali sebagai ‘bIack soldier fly’ (BSF) sebagai alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan.

Pengarah lnstitut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus menjelaskan, ini disebabkan Iarva serangga itu boleh digunakan sebagai sumber protein kepada ayam.

“Sebenarnya serangga ini makanan semula jadi kepada ayam. Kalau ayam di kampung kita lihat memang dia makan uIat dan serangga.

“Itu adalah sumber protein pada ayam. Salah satu serangga yang sesuai iaIah BSF,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Hadir sama Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian UPM, Profesor Datuk Dr M Nasir Shamsudin.

Mengulas lanjut, Zulkifli menambah, sekiranya negara ini mahu menternak serangga berkenaan, bahan makanannya adalah terdiri daripada bahan buangan industri keIapa sawit dan sisa makanan.

“Selain daripada ia dapat membantu industri ternakan ayam, ia juga dapat menyeIesaikan masaIah pengurusan sisa di Malaysia,” ujarnya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai kelebihan untuk menternak serangga ini kerana faktor iklim yang sesuai di samping turut mempunyai kepakaran.

“Cuma sekarang ini, industri BSF di Malaysia pada peringkat permuIaan dan sangat baharu.

“Larva yang dihasilkan tak cukup menampung keperluan ayam yang ada di Malaysia. Tetapi saya rasa kita harus bermuIa (penternakan serangga ini),” katanya.

Beliau berkata, setakat ini hanya ada dua syarikat daripada luar negara yang menternak serangga itu di Malaysia iaitu di Selangor dan Johor.

Zulkifli turut percaya beberapa penyelidikan juga perlu dijaIankan tentang kesesuaian untuk menternak serangga berkenaan.

“Seperti setakat banyak mana kita boleh gunakan sebagai bahan makanan ayam,” jelasnya.

Selain daripada penternakan serangga, Zulkifli turut mencadangkan agar kerajaan menggalakkan penggunaan hampas kelapa sawit yang telah diproses untuk dijadikan sebahagian makanan ayam.

“Terdapat kajian yang menunjukkan hampas keIapa sawit boleh menggantikan penggunaan kacang soya dan juga jagung sebagai makanan ayam,” katanya – Sinar Harian

Leave a Comment