PETALING JAYA – Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya masih tidak berputus asa dengan tuntutan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000. Selepas KWSP mengumumkan keuntungannya bagi suku ketiga 2021 lebih tinggi kepada RM48.02 bilion, meningkat 7.7 peratus hari ini, tuntutan itu mula memenuhi ruangan komen media sosial.
Keuntungan bersih telah meningkat sebanyak hasil RM3.42 bilion berbanding semasa tempoh sembilan bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pasaran saham juga dikatakan telah menyumbang kepada 54 peratus pulangan pelaburan KWSP pada suku ketiga 2021. Pengumuman itu turut membuatkan pencarum menggesa KWSP membenarkan pengeluaran sekali sahaja sebanyak RM10,000 kerana masih ramai yang memerlukan ketika ini.
‘Masa sekarang yang menentukan masa depan kita’
“KWSP untung. Dia main saham. Saham pun untung melabur dalam KWSP. Lepas ni saya harap dapat bantu orang yang memerlukan. Jangan tamak. Benarkan terbitan i-Citra buat kali terakhir,” jelas Isham. Jalil.
“Nasib baik ada, apa lagi sebab KWSP ni? Orang tak ada duit. Kalau cakap masa depan, sepatutnya masa sekarang yang menentukan masa depan.
“Cubalah berlembut sikit, apa lagi nak suruh rakyat buat, nak suruh faham perasaan rakyat sekarang,” jelas Zaibidi Razak.
Sumber: portalmalaysia.com