Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 diagihkan bulan depan (Januari 2023).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.
Menurutnya, setiap isi rumah menerima RM300, manakala kategori bujang menerima RM100.
“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) pembayaran fasa satu yang diagihkan awal iaitu Januari 2023, bukannya Mac seperti yang diumumkan sebelum ini.
Baca juga :eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD)
“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah petani kecil getah dan petani, nelayan khususnya (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesusahan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-undang (Perbelanjaan) Kumpulan Wang Disatukan Memasukkan Akaun) 2022 dan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Interim 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Kerajaan Perpaduan Malaysia akan membentangkan Bajet 2023 yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi Februari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet itu akan dibentangkan sendiri nanti.
“Seiring dengan usaha menangani cabaran kenaikan kos sara hidup, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar untuk melindungi golongan miskin dan usahawan kecil dengan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan kaya dan syarikat gergasi yang mengaut keuntungan besar. keuntungan.
“Sistem perlindungan sosial juga akan diperkukuh bagi melindungi golongan yang terdedah dan mudah terjejas termasuk pekerja tidak formal,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Memasuki Akaun) 2022 dan Belanjawan Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.