Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melanjcarkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan .
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia
CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di Institusi Latihan Memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Baca juga:
- Cara Mohon Bantuan E-Wallet RM 300 Setiap Bulan
- eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD)
- Permohonan Rumah PPRT RM 124 Kini Boleh Dibuat
- TERKINI : Bantuan Lesen Memandu 2023 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang!
Diskaun Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM)
Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenanakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa yang berjumlah RM750 seorang.
Syarat Kelayakan Permohonan
Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syaray kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tiada kecacatan fizikal
- Tidak disenarai hitam JPJ atau Polis
- Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan
Cara Mohon
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Namun begitu, sebarang info baru akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh layari laman Facebook Rasmi MOT di pautan https://www.facebook.com/motmalaysia
Untuk pastikan anda tidak terlepas info berkenaan bantuan terkini dari Kerajaan Malaysia, sila layari https://rentas.asia/