PELANCARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2022/2023 – Lembaga Industri Getah Sabah

Tuaran (7 Januari 2023) – Jumlah penerima adalah seramai 86,323 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Sabah akan diberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan,

Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N.15 Kiulu yang telah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor sewaktu melancarkan pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tersebut serta turut memaklumkan bahawa jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan adalah berjumlah RM69,058,400.

PELANCARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2022/2023 – Lembaga Industri Getah Sabah

Jelasnya, para pekebun kecil getah akan mula menerima pembayaran yang akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun bank masing-masing bermula 7 Januari 2023. Beliau berharap agar bantuan ini akan dapat meringankan beban para pekebun kecil terutama ketika berdepan cuaca yang tidak menentu terutamanya setiap hujung tahun.

Sebagai simbolik pelancaran, YB Datuk Joniston Bangkuai telah menyerahkan bantuan BMT secara tunai kepada 50 orang pekebun kecil dari sekitar daerah Tuaran. Beliau juga turut melancarkan aplikasi semakan yang telah dibangunkan oleh LIGS bagi memudahkan para pekebun kecil menyemak status bantuan BMT mereka atas talian melalui http://bmt.ligs.gov.my. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi LIGS En. Edward Linggu dan Pengurus Besar LIGS En. Sabdil Tanjong.

Sumber :http://bmt.ligs.gov.my

Nak Jadi Orang Pertama Dapat Info Bantuan & Jawatan Kerajaan ?Sila Join Telegram Rasmi:
https://t.me/nakBantuan

Malaysia Semasa WhatsApp group :
https://chat.whatsapp.com/I7xgoS5cSv407V2sgTZKRg

Baca juga:

Leave a Comment