Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA.
Berikut adalah perincian bantuan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:
Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Semakan Kelulusan BMT
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022
Nak Jadi Orang Pertama Dapat Info Bantuan & Jawatan Kerajaan ?Sila Join Telegram Rasmi:
https://t.me/nakBantuan
Malaysia Semasa WhatsApp group :
https://chat.whatsapp.com/I7xgoS5cSv407V2sgTZKRg
Baca juga:
- 15 Biasiswa UCL untuk Pelajar Antarabangsa 2023| MOHON SEKARANG
- Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti Peristiwa
- Senarai Penerima & Jumlah Bantuan Khas Kewangan Yang Dibayar Bulan Pada 17 Janurai 2023 Ini
- Bantuan Yang Dinaikkan Kepada RM 800 Tahun 2023
- Permohonan Rumah PPRT RM 124 Kini Boleh Dibuat
- Cara Mohon Bantuan E-Wallet RM 300 Setiap Bulan
- eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD)
- Jawatan Kosong Terkini KKM (4,914 Kekosongan Jawatan Tetap)
- Bantuan RM 700 January Ini Akan Dibayar Secara Automatik Kepada