Terkini : Bayaran Bantuan Tunai Bujang RM100 Diberikan Pada Bulan Ini : Semak Sekarang !

Bayaran bantuan tunai tunggal bagi inisiatif BTR fasa 1 akan diberikan pada bulan ini berjumlah RM100 untuk setiap penerima. Menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang penggal pertama parlimen ke-15. Beliau mengumumkan kategori itu juga akan terlibat dalam pembayaran Bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1 pada Januari tahun ini.

Untuk makluman, jumlah bayaran bantuan tunai rakyat masih belum diumumkan. Bagaimanapun, pembayaran fasa 1 telah dipercepatkan secara rasmi pada Januari 2023. Insentif khas ini akan melibatkan 2 kategori iaitu bujang dan keluarga dengan jumlah bayaran dalam fasa 1 sebanyak RM100 dan RM300.

BANTUAN TUNAI KHAS TAHUN 2023

Program bantuan tunai rakyat (BTR) merupakan inisiatif kewangan yang diperkenalkan tahun ini. Bantuan kewangan ini sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR, BR1M dan BKM.

Insentif ini melibatkan kategori isi rumah (keluarga), bujang dan warga emas. Bantuan ini lebih tertumpu kepada golongan memerlukan yang terdiri daripada golongan B40 dan miskin.

Menurut kenyataan kerajaan, bantuan khas BTR ini akan melibatkan dana peruntukan sebanyak RM2 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira hampir 9 juta penerima bantuan ini.

JUMLAH KADAR BANTUAN FASA 1 BTR


Berikut telah disediakan jumlah bantuan fasa 1 yang akan diterima seperti di bawah:

RM100 untuk kategori bujang pada 2023
RM300 untuk kategori isi rumah (keluarga) pada 2023.

TARIKH BANK BTR FASA 1

Untuk makluman, sebelum ini bayaran bantuan tunai tunggal akan diagihkan pada Mac 2023. Bagaimanapun, berdasarkan kebimbangan kerajaan melihat pelbagai faktor seperti ramai yang terjejas akibat ekonomi tidak stabil dan bencana banjir. Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran pada Januari 2023.

Pembayaran bantuan tunai rakyat dijangka bermula pada pertengahan atau akhir bulan ini secara berperingkat sama seperti bantuan tahun lalu.

PERMOHONAN BARU & TERKINI

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh kerajaan berhubung permohonan baharu atau kemas kini maklumat peribadi BTR. Kemungkinan itu akan diketahui pada mesyuarat BAJET 2023 yang akan diadakan pada bulan Februari. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan BTR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan tunai untuk bujang dan keluarga ini, terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan pada tahun ini untuk golongan yang memerlukan. Jika anda terlepasnya, sila semak senarai geran yang tersedia tahun ini yang anda layak terima – SEMAK DI SINI untuk rujukan komuniti.

Baca juga:

Nak Jadi Orang Pertama Dapat Info Bantuan & Jawatan Kerajaan ?Sila Join Telegram Rasmi:
https://t.me/nakBantuan

Leave a Comment