Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.
Antaranya ialah Bantuan Khas Kewangan yang diberikan kepada mereka yang layak dengan nilai tertentu seperti yang ditetapkan oleh Belanjawan Negeri masing-masing.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan kewangan ini:-
Bantuan Khas Kewangan RM1,500
Antara negeri yang memberi Bantuan Khas Kewangan ialah Kelantan iaitu RM1,500 secara one-off kepada mereka yang layak.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bantuan dengan peruntukan RM13 juta akan diberikan kepada semua penjawat awam di negeri terbabit.
“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita telah mencatatkan lebihan bajet selama lima tahun berturut-turut, sudah tiba masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja keras.
“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500. Bantuan khas ini adalah yang tertinggi dicatatkan untuk penjawat awam negeri,” katanya pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan November 2022 lalu.
Tarikh pembayaran
Bagi tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan diagihkan pada Januari 2023 seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Terengganu turut memperkenalkan bonus RM900 kepada penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat pada Januari dan melibatkan 14,000 penerima.
“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang berperanan menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam yang layak,” katanya.
Nak Jadi Orang Pertama Dapat Info Bantuan & Jawatan Kerajaan ?Sila Join Telegram Rasmi:
https://t.me/nakBantuan
Malaysia Semasa WhatsApp group :
https://chat.whatsapp.com/I7xgoS5cSv407V2sgTZKRg
Baca juga:
- Diskaun Saman Trafik 50 Peratus 10 Hingga 12 Januari Ini
- Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2023 Online (Semakan Keputusan)
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) : Tarikh & Cara Bayaran
- TERKINI: Bantuan BMT RM800. Ini Senarai Penerima!
- 15 Biasiswa UCL untuk Pelajar Antarabangsa 2023| MOHON SEKARANG
- Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti Peristiwa
- Senarai Penerima & Jumlah Bantuan Khas Kewangan Yang Dibayar Bulan Pada 17 Janurai 2023 Ini
- Bantuan Yang Dinaikkan Kepada RM 800 Tahun 2023
- Permohonan Rumah PPRT RM 124 Kini Boleh Dibuat