Bantuan RM500 akan dibayar pada bulan ini & bulan depan. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun 2023 yang diberikan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan RM500
Pihak Kerajaan telah mengumumkan kenaikan pembayaran BMT sebanyak RM800 berbanding RM600 sebelum ini. Pemberian itu termasuklah melalui sepenuhnya dana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak tiga fasa, di mana Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari lalu dengan nilai RM300.
Oleh itu, kini tinggal RM500 yang belum dibayar kepada penerima dengan pecahan – Fasa 2 (RM300) dan Fasa 3 (RM200).
Baca juga:
- Bantuan Tunai RM200 Setiap Seorang Untuk Rakyat Malaysia
- Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri 2023
- Info Terkini Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0
- Terkini:Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia
- Bantuan LZS Peduli Sebanyak RM600 Secara One-off Semak Sekarang !
- Permohonan Bantuan SMIS RM150 & RM500
- Pengambilan Besar-Besaran Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita)
Syarat-syarat Kelayakan
Bantuan ini akan diberikan kepada semua peneroka getah FELDA yang menepati syarat-syarat berikut:
Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.
Cara Pembayaran
Pihak Kerajaan melalui FELDA telah memperuntukkan dana sebanyak RM9.7 juta bagi tujuan bantuan ini dan akan memanfaatkan 12,138 peneroka tanaman getah seluruh negara.
Kaedah pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.
Diharapkan bantuan kewangan ini akan dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh.