Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.
BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam.
Baca juga:
- Senarai Bantuan Kewangan untuk Rakyat Malaysia 2023
- Cara Mohon dan Daftar eKasih 2023
- Bantuan RM500 akan dibayar pada bulan ini & bulan depan
- Bantuan Tunai RM200 Setiap Seorang Untuk Rakyat Malaysia
- Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri 2023
- Info Terkini Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0
- Terkini:Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia
- Bantuan LZS Peduli Sebanyak RM600 Secara One-off Semak Sekarang !
Penjawat awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700,” katanya dalam satu kenyatan.
BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.