Antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Bayaran bantuan ini sebanyak 4 kali ganda dan kini berbaki 2 lagi bayaran.
Pada tahun 2023, pelbagai jenis bantuan akan diberikan kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran STR 2023 akan diteruskan pada pembayaran Fasa 3.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.
STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya tinggal 2 fasa pembayaran sahaja.
Baca juga:
- Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Permohonan Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah (UMS).
- PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET 2023 (Cara Langgan & Harga)
- Senarai Bantuan Kewangan untuk Rakyat Malaysia 2023
- Cara Mohon dan Daftar eKasih 2023
- Bantuan RM500 akan dibayar pada bulan ini & bulan depan
- Bantuan Tunai RM200 Setiap Seorang Untuk Rakyat Malaysia
JUMLAH BANTUAN
Bayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 untuk STR Fasa 2 sebelum ini.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
- Tiada anak – RM 300
- 1 hingga 2 – RM 400
- 3 hingga 4 – RM 600
- 5 dan ke atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
Tiada anak – Tiada bayaran
- 1 hingga 2 – RM 150
- 3 hingga 4 – RM 200
- 5 dan ke atas – RM 250
Kategori Bujang, Bujang Kurang Upaya dan Warga Emas
- RM 100 seorang
KATEGORI YANG MENERIMA BAYARAN
Semua penerima STR 2023 layak menerima STR Fasa 3 kecuali bagi Kategori Isi Rumah Pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak menerima STR Fasa 3.
Selain itu, bayaran juga dikreditkan kepada setiap pemohon yang berjaya memohon pada Mac lalu.
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dibuat oleh setiap penerima (jika ada).
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka dikreditkan pada Julai 2023.
Bagaimanapun, tarikh pembayaran rasmi belum diumumkan setakat ini.