Permohonan Bantuan Lesen Memandu (BLM) Tahun 2023

Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023

Permohonan Bantuan Lesen Memandu (BLM) Tahun 2023.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini, boleh terus bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Baca juga:

Perlaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dijalankan pada tahun ini dan dilaksanakan bagi membantu rakyat terutama daripada golongan belia kerana menurut beliau, belia-belia ini adalah antara individu-individu yang bakal membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pengangkutan awam.

Jenis Bantuan Lesen Memandu Yang Ditanggung

Dalam pembentangannya tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ujian memandu secara percuma ini hanya akan diberikan kepada beberapa jenis ujian sahaja, iaitu;

  • Lesen Motorsikal B2
  • Lesen teksi
  • Lesen Bas
  • Lesen e-hailing

Hal ini demikian kerana, kerajaan berharap dengan menawarkan lesen memandu secara percuma, ia sekaligus dapat membuka tawaran pekerjaan kepada golongan belia, dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Ikuti Telegram Rasmi :https://t.me/nakBantuan

Cara Mohon Bantuan Lesen Memandu 2023

Permohonan dan syarat kelayakan bagi mengambil lesen memandu secara percuma belum lagi dimaklumkan.

Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci syarat kelayakan mendapatkan bantuan lesen percuma ini dan juga bagaimana permohonan untuk mendapatkannya boleh dilakukan.

Segala maklumat terkini berkenaan cara memohon dan syarat kelayakan bantuan ujian memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.

Leave a Comment