Bantuan Khas Sehingga RM5,000 Untuk Satu Keluarga Kini Dibuka

Bantuan Khas Sehingga RM5,000 Untuk Satu Keluarga Kini Dibuka.stikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Bantuan Khas

Permohonan akan dibuka bermula 15 Mei sehingga 26 Mei 2023 khusus untuk anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke bawah (tertakluk kepada syarat permohonan).

Antara jenis bantuan yang ditawarkan:

  • Makanan/Keperluan Tambahan
  •  Pembelian/Pembaikian Peralatan atau Mesin
  •  Ubat-ubatan
  • Pendidikan (Pusat Terapi/Kelas Khas untuk Anak OKU)

Baca juga:

Cara Mohon Bantuan Khas

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) di pautan www.anisselangor.com dan hendaklah dicetak & dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan DITOLAK.

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan adalah pada 30 Mei 2023 (Selasa) – 5.30 petang di Ibu Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Cara Pembayaran

1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan / peralatan sokongan / keperluan khas / ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):

Pembelian barang tersebut akan diuruskan oleh YAWAS di mana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
Pembayaran dan penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan / Kelas terapi khas untuk anak OKU

Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan / terapi yang diminta oleh pemohon.
Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

Semakan Permohonan

Bagi melakukan semakan untuk permohonan bantuan ini, sila layari laman berikut:

https://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php

Maklumat Lanjut

Sebaran maklumat lanjut anda boleh hubungi:

03 – 55453170 / 03 – 55245068
https://www.anisselangor.com/
Facebook Anak Istimewa Selangor – ANIS

 

Leave a Comment