28 Hari Tempoh Tuaian Pokok Sawi – Hasilnya Sawi Tidak Pahit dan Gemuk

1. Penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman.

2. Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Selain itu, tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾ paras pot tanaman.

2. Teknik semaian yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur mengikut baris yang lurus dan mempunyai jarak antara satu sama lain.

3. Semburkan air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.

4. Penjarakkan atau penjarangan sawi boleh dilakukan setelah tiga hingga empat hari biji sawi bercambah. Penjarakkan adalah dalam 10cm.

5. Petua, jika sawi disemai tanpa bercampur bersama pasir, sawi akan tumbuh terlalu rapat dan proses penjarangan akan sukar untuk dijalankan dan akan menyebabkan ada pokok yang patah.

6. Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah menggunakan baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi dan boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.

7. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja di sekeliling pokok. Pastikan tidak terkena pokok dan digalakkan sembur pokok sawi yang telah dibaja agar baja dapat diserap dengan baik.

8. Bagi kawalan penyakit, amatlah galakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik campuran boleh digunakan dengan menggunakan cili padi, bawang putih, serai wangi, daun kesum boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak.

9. Sayur sawi boleh dituai dalam tempoh 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Penukaran jenis tanaman pada kawasan yang sama adalah amat digalakkan bagi memelihara nutrien di dalam tanah. Harga sawi sekilogram di pasaran adalah RM5.

Artikel ini dipetik dari Root Of Science dan ditulis oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*