3 Cara Menghasilkan baja Kompos

Kita akan kongsikan tiga cara mudah untuk menghasilkan baja kompos. Sesuai untuk sesiapa yang baru sahaja mula belajar bertani.

1. Menggunakan tanah campuran yang sesuai untuk tanaman.

Kita sedia maklum, bahawa tanah yang baik adalah tanah yang mempunyai tiga bahan mineral yang utama iaitu pasir, kelodak dan tanah liat. Ianya mengandungi bahan-bahan organik dan nutrien. Selain itu, tanah yang peroi dan berongga adalah lebih sesuai untuk tanaman berbanding tanah yang keras dan mampat.

2. Menggunakan kompos tinja binatang

Saya kongsikan bahan-bahan untuk membuat kompos bahan tinja. Bahan-bahannya adalah baja berbentuk pepejal (soilid manure), cecair (liquid manure),  buburan tinja (slurry) dan baja kering (dry manure)

Antara baja yang boleh dihasilkan dari baja tinja binatang adalah baja pepejal, cecair dan slurry. Baja pepejal biasanya adalah tinja haiwan, air kencing dan alas untuk baja sebagai contoh jerami. Baja cecair pula adalah air kencing haiwan dan slurry adalah campuran tahi binatang, air kencing binatang dan air.

3. Vermikompos

Kaedah vermikompos bermaksud menukarkan bahan-bahan buangan organik kepada satu bahan humus dengan menggunakan cacing tanah. Penggunaan cacing tanah boleh mencepatkan dan meningkatkan kecekapan dalam penghasilan kompos tersebut. Ianya dapat meningkatkan produktiviti tanaman dengan meningkatkan tahap kesuburan tanah. Selain itu, sebahagian sisa petanian ini akan dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai tahi cacing atau vermikas. Vermikompos adalah lebih baik berbanding kompos kerana mengandungi banyak bakteria baik yang membantu tumbesaran pokok.

Harap bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*