3 Teknik Pemangkasan / Pruning Pokok Buah-Buahan

Pemangkasan merupakan salah satu elemen utama dalam pengurusan & penjagaan pokok buah-buahan selain daripada pengurusan penyakit, perosak dan juga pembajaan.

Kerja-kerja pemangkasan pokok boleh dilakukan seawal pertumbuhan pokok di ladang/kebun (bergantung pada jenis pokok buahan tersebut) bagi membentuk pokok yang lebih baik dan produktif. Teknik pemangkasan yang betul boleh membawa pulangan hasil lumayan kepada tanaman yang anda usahakan.

Pemangkasan pada dasarnya adalah membuang mana-mana bahagian pada pokok yang tidak diperlukan seperti tunas air, ranting yang melempai ke tanah, berpenyakit atau rosak dan dahan yang meninggi.

Antara keperluan yang perlu ada untuk membuat aktiviti memangkas ini adalah

1. mesin kecil, iaitu mesin Chainsaw

2. Peralatan tangan seperti gergaji tangan atau gergaji galah, scateur dan parang.

 

Terdapat 3 sistem pemangkasan iaitu sistem batang utama, sistem terbuka tengah dan sistem terbuka tengah diubahsuai.

Sistem Terbuka Tengah – Dahannya yang meninggi di tengah pokok dipangkas, kemudiam dibiarkan 3-4 dahan sebagai dahan pembuahan. Biasanya digunakan pada pokok rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.

Sistem Batang Utama – Sistem ini hanya memerlukan hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh menegak dan dahan sisinya akan tumbuh secara mendatar. Sistem ini baisa digunakan untuk pokok durian, manggis, dokong dan cempedak.

Semoga memberi manfaat, selamat berkebun.

Kredit : UPM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*