300 pekebun pisang terjejas

RAZMAN Zakaria (kanan) ketika bertemu pemborong hasil pertanian berikutan kesukaran memasarkan hasil pertanian dsebabkan PKP di Batu Kurau, semalam. –

LARUT: Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sektor ekonomi dan sosial ketika ini mnjejaskan pasaran produk pertanian terutama pisang yg tidak lagi mendapat permintaan tinggi seperti mana biasa.

Pemborong pisang di Kampung Bawah Gunung, Kampung Perak, Batu Kurau, di sini, Ilyas Nasib, 53, berkata, kebiasaannyam setiap hari, dia membeli dan memasarkan sekitar satu hingga empat tan metrik utk pasaran luar terutama di utara tanah air.

Katanya, sejak C0vid-19 melanda, disusuli beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia berdepan masalah untuk memasarkan pisang yang dibelinya daripada penduduk sekitar.

Katanya, peraih luar tidak dapat datang ke pusat pengumpulan pisangnya kerana tdk mendapat kebenaran atau permit.

“Pasaran ada, tapi, masalahnya ialah peraih luar yang nak datang ke sini untuk mengambil pisang, difahamkan mereka tidak mendapat permit dari pihak berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak berani membeli hasil pisang penduduk dan secara tdk langsung pekebun pula berdepan masalah menjual hasil tanaman mereka.

“Akibatnya, ada pekebun yang terpaksa berputih mata melihat tanaman pisang mereka yang sudah berbuah, mus*nah akibat seran*gan penya*kit yang menyebabkan pokok menjadi kuning dan mati,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Katanya, selain pisang, pekebun durian di sini juga gusar memandangkan musim durian gugur dijangka awal bulan Ogos ini.

Menurutnya, pekebun durian bimbang jika keadaan sekarang berterusan, ia akan menjejaskan permintaan untuk raja buah itu.

“Sebagai pengusaha durian dan peraih di sini, saya telah membuat perancangan awal dengan berjumpa beberapa pengusaha-pengusaha kilang makanan berasaskan durian bagi membolehkan hasil durian penduduk dapat dijual,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengatasi isu hasil pertanian seperti pisang yg tidak dapat dipasarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, lebih 300 pekebun yang mengusahakan tanaman pisang di sekitar Batu Kurau tidak dapat memasarkan hasil mereka kerana pemborong luar tidak dapat membeli dalam kuantiti yg banyak.

“Pemborong tidak berani membeli dengan banyak kerana permintaan pembeli yang terdiri dari peniaga pasar malam, pasar pagi tidak berniaga pada ketika PKP ini,” katanya selepas bertemu dengan pemborong hasil pertanian di Batu Kurau di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Fama negeri, Noorsham Ramly.

Sehubungan itu, Razman berkata, kerajaan negeri dan Fama sedang berusaha mengatasi hasil tanaman pisang yg tidak dapat dipasarkan.

“Pekebun perlu segera memaklumkan kepada pihak Fama, seminggu sebelum mereka menuai hasil bagi membolehkan Fama membantu mereka memasarkan hasil tanaman,” katanya. -UTUSAN 0NLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*