31 warga PDRM disyaki terlibat Macau Scam, judi dalam talian ditukar – Bukit Aman

Kuala Lumpur: Kesemua 31 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disyaki terlibat dalam Macau Scam dan kegiatan perjud1an dalam talian ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu keputusan hukuman terhadap mereka.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, terdapat antara mereka ditukarkan daripada jawatan masing-masing untuk mengelakkan daripada terbabit semula dengan kegiatan tidak beretika itu.

“Ketua Polis Daerah misalnya ditukarkan, ada yang ke KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan ada yang ke tempat atau jabatan lain. Itu adalah langkah sementara untuk kami mudah membuat siasatan terhadap mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes tersebut telah selesai dan bagi tindakan dan hukuman sebenar terhadap mereka terbabit kelak akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang akan bersidang bagi meneliti bukti-bukti yang ada untuk dijatuhkan hukumaan.

Zamri berkata, peranan JIPS hanya melakukan siasatan dan bukannya menjatuh hukumaan terhadap pegawai dan anggota polis yang didapati bersalah.

“JIPS hanya menyiasat dan apabila habis siasatan, maka kami akan rujuk ke Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) sebelum dihantar ke SPP untuk bersidang bagi menentukan keputusan hukumaan.

Antara tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka ialah dibuang kerja dan turun pangkat dan setakat ini, tiada lagi pegawai atau anggota yang disyaki terbabit selain 31 orang ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober 2020 selepas didapati menjalankan kegiatan jenayah yang mensasarkan mangsa di China selain bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

SPRM turut menahan serta menyoal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis berkenaan sindiket terbabit (Gambar Hiasan) РHarian Metro 

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*