35,000 metrik tan durian bakal diekpsort ke luar negara

MOHAMAD Mustahapa Awang (kanan) bersama James Wong (tengah) yg merupakan Ketua Kelompok Sungai Pinang ketika meninjau Pusat Pengumpulan Ladang Durian (PPL), Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

BALIK PULAU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan sebanyak 35,000 metrik tan durian tempatan dengan nilai eksport mencecah RM1oo juta dapat dipasarkan ke luar negara tahun ini.

Timbalan Pengarah (0perasi) FAMA, Mohamad Mustahapa Awang berkata, negara sasaran untuk eksport raja buah itu ialah Singapura, Hong Kong, China, Amerika Syarikat dan Australia berikutan permintaan tinggi daripada penggemar buah berkenaan.

Katanya, sasaran eksport itu lebih tinggi tahun ini berbanding kira-kira 30,000 metrik tan durian dengan nilai eksport RM92.3 juta tahun lalu.

“Setiap tahun kita terima permintaan tinggi untuk pasaran durian, namun buah ini belum mencukupi utk memenuhi pasaran eksport dan tempatan,” katanya selepas meninjau Pusat Pengumpulan Ladang Durian (PPL) Jalan Sungai Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, China mencatatkan permintaan durian paling tinggi iaitu sehingga 85,000 metrik tan namun dijangka tahun ini hanya 10,000 metrik tan durian dapat di hantar ke negara itu.

“Pengeluaran durian di negara ini adalah sekitar 405,000 metrik tan setahun, namun untuk eksport ke pasaran luar kita perlu memastikan hanya durian yang berkualiti dihantar ke luar negara secara k0nsisten,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, jangkaan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini adalah berjumlah 8,212 metrik tan dengan kawasan pengeluaran meliputi Balik Pulau, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.

Mohamad Mustahapa berkata, setakat ini tidak berlaku lambakan durian d Pulau Pinang walaupun musim raja buah itu berlangsung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada pemantauan kita mendapati pengeluaran durian semasa di Balik Pulau sedang meningkat dan kemuncaknya dijangka hujung bulan ini,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah menyediakan beberapa inisiatif bagi membantu peniaga dan pengusaha kebun memasarkan buah durian di seluruh negara skiranya berlaku masalah lambakan durian.

“Terdapat beberapa khidmat pemasaran untuk pekebun durian yang disediakan antaranya pembukaan pasar segar terkawal dan pemasaran di 984 rangkaian 0utlet FAMA yang terdapat di seluruh negara untuk jualan durian secara terus.

“Selain itu, buah durian juga boleh dipasarkan kepada pelanggan secara online dengan menggunakan portal Agrobazaar.com dan platform Shoppe,” katanya. – UTUSAN 0NLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*