4 Penyakit Durian Yang Petani WAJIB Tahu – Hawar Durian Yang Paling Kerap Berlaku

1. Terdapat empat jenis penyakit yang biasa dijangkiti oleh pokok durian. Hari ini Admin akan kongsikan penyakit ini dan cara untuk merawatnya.

2. Penyakit Cendawan Angin. Ianya akan menyerang batang kecil dan menyebabkan batang layu dan mati. Batang yang dijangkiti akan menjadi merah dan daun akan berubah kekuningan lalu gugur.

3. Sekiranya berlarutan, penyakit akan menyerang semua daun dan cabangan yang diserang akan layu. Cara untuk mengawal penyakit ini adalah dengan menggunakan Hexaconazole.

4. Seterusnya adalah penyakit Bintil Agla. Simptom bagi penyakit ini adalah permukaan daun-daun akan dinaiki tompok-tompok berwarna perang seperti karat. Tompok tersebut akan pudar dan berubah menjadi perang kehijauan.

5. Kemudian ianya akan hilang dan meninggalkan tompokan darah putih, kering dan menjadi kehitaman. Ini menyebabkan kawasan untuk sesi fotosintesis pada permukaan daun berkurangan. Ianya dapat dikawal dengan Carbendazim Difenoconazole.

6. Penyakit Kanker atau Pyhtophthora Palmivora akan menyebabkan nekrosis permukaan batang akan bertukar warna. Terdapat mukus merah coklat akan mengalir di permukaan nekrotik.

7. Gejala penyakit ini akan timbul seperti bintik-bintik air yang bergabung perlahan dan menyebabkan keguguran daun. Penyakit ini boleh dirawat dengan Amino Alexin.

8. Penyakit Hawar Durian ini yang sering berlaku pada pokok durian. Tanda seperti air akan muncul di permukaan daun dan bintik-bintik ini akan menyebar secara rawak.

9. Kemudian, ianya akan menjadi kering dan daun menjadi perang serta gugur. Sekiranya hujan dan kelembapan yang tinggi, fungi jenis mycelial akan muncul di permukaaan daun. Ianya boleh dikawal oleh Azoxytstrobin.

Artikel ini dipetik dari petikan KK Nursery dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*