5 Cara Mudah Mengatasi Serangan Ulat Pada Daun Durian

Perasan tak pucuk durian anda tiba-tiba banyak lubang dan kelihatan tidak cantik? awas itu adalah ulat yang memakan daun durian.

Telur kupu-kupu yang melekat pada daun akan menetas menjadi ulat. Jika tidak di kawal dengan racun, ia boleh menyebabkan pokok durian ‘botak’ dan kelihatan tidak bermaya.

Artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana mengatasi ulat dengan beberapa cara.

1. Rendam cili bara atau cabai dengan bersama air biasa selama beberapa jam, atau korang boleh blend dan saring air, masuk dalam botol penyembur, sembur pada daun durian. Ia boleh menyebabkan ulat tersebut sakit mata dan pening2 lalu pengsan.

2. Masak 1 kilogram gula pasir, campur dengan racun. Racun tu akan melekit pada daun, bila ulat makan daun tersebut, ulat akan muntah-muntah dan cirit-birit dan meninggal dunia.

3. Petua paling senang dan semulajadi, sembur dengan air sabun pencuci pinggan. Settle.

4. Sembur dengan racun kimia seperti Malation, Decis atau apa-apa racun ulat atau serangga yang dijual di kedai pertanian.

5. Sembur dengan racun Furadan diperingkat awal penanaman durian. Kesan racun Furadan boleh kekal hingga 2 tahun. So kalau boleh elakkan guna racun ini.

Semoga bermanfaat. Jika anda rasa artikel ini berguna sila share di facebook anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*