5 Cara Mudah Pelihara Ikan – Petua dan Cara-cara

Selain menjadikan rumah cantik, ikan antara spesies haiwan yang mudah untuk dijaga. Ikan mempunyai personaliti tersendiri. Terdapat 5 perkara asas yang anda perlu tahu sebelum memelihara ikan.

1. Pilih spesis yang tahan lasak. Bagi yang pertama kali hendak membela ikan, digalakkan memilih spesis yang tahan lasak seperti Tiger Barb, Congo Tetra, Rosy Fin Tetra dan sebagainya. Ini kerana untuk mengelakkan ikan cepat mati dan dapat hidup lama.

2. Memilih saiz akuarium yang sesuai. Apabila anda sudah tahu jenis ikan yang ingin dibela, anda perlu menentukan saiz akuarium. Saiz berukuran 19 liter adalah paling ideal buat permulaan untuk ikan bersaiz kecil. Pilih akuarium 75 liter hingga 100 liter untuk saiz ikan yang lebih besar.

3. Penapis air akuarium sangat penting bukan sahaja untuk kebersihan, malah dalam memastikan ikan hidup lebih lama tanpa kehadiran bakteria.Namun,bagi yang tiada pengalaman, semasa memilih penapis air pastikan kapasitinya sesuai dengan akuarium anda selain mengambil kira aksesori untuk menghias akuarium anda.

4. menjaga air untuk akuarium. Aspek ini penting ketika membela ikan. Ia perlu dikekalkan dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang bakteria. Anda digalakkan memasang parameter bagi mengesan kandungan ammonia dan nitrat setiap minggu apabila menukar air akuarium.Untuk menjaga ekosistem ikan, hanya 20 peratus sahaja air ditukar setiap minggu.

5. Pastikan ikan diberi makan setiap hari selain memastikan alatan penapis berfungsi serta suhu air sesuai dengan ikan.

Bila dah biasa bela ikan kecil-kecilan bolehlah belajar untuk menternak ikan pula kan? Selamat Mencuba!

Artikel ini dipetik dari MStar dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*