5 IDEA Buat Duit Dari Rumah Time PKP Yang Saya Buat Dan Successful!

Ketika artikel ini ditulis, jumlah kematian akibat pandemik COVID19 di seluruh dunia terus meningkat dan kini mencecah 5 juta kes jangkitan serta lebih 300,000 kematian direkodkan.

Banyak sektor awam dan swasta terkesan dengan jangkitan virus yang paling dasyat pernah berlaku abad ini. Antara sektor yang paling terjejas adalah sektor pelancongan.

Ramai yang kehilangan kerja dan sedang menganggur, mungkin keadaan ekonomi dijangka akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.

Artikel petang khamis saya ingin kongsikan 5 idea buat duit dari rumah yang patut anda cuba. Saya sudah buat dan berjaya menjana duit dari rumah.

5 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH

1. Menulis / blogger. Saya sudah 10 tahun berkecimpung dalam arena ini, 70 peratus income bulanan saya datang dari menulis.

Ia tidak semudah yang disangka tapi TIADA yang mustahil. Yang penting ada minat. Anda belum terlambat untuk bermula.

2. Menjual Bibit Buah-Buahan – saya sudah buat bisnes ini sejak 3 tahun yang lepas, ia adalah IMPIAN besar saya selepas lebih 10 tahun MAKAN GAJI.

Saya mahu duduk di kampung yang tenang dan jauh dari kesibukan di kota besar. Saya nak jadi petani yang BERJAYA. Paling penting saya tidak berjauhan dengan ibu dan ayah.

3. Menjual Bunga – dalam perancangan saya dalam bulan ini untuk besarkan nursery dan menambah koleksi bunga seperti Adenium dan sebagainya.

4. Menjual Tanaman Herba – selain menjual bibit buah dan bunga, saya juga sedang UPGRADE nursery untuk menjual tanaman herba seperti Cekur, kunyit hitam dan sebagainya.

5. Jadi Youtuber – bukan senang buat video yang berkualiti, kena ada komitmen yang tinggi tapi tidak MUSTAHIL jika anda betul2 FOKUS, channel youtube saya agak slow kerana fokus pada penulisan dan nurseri.

Cukup 5 idea untuk hari ini, tak guna ada banyak idea tapi tidak ada TINDAKAN untuk buat.

Friend, jika anda STUCK right now, tidak suka dengan kerja anda sekarang, buat benda lain yang anda betul betul MINAT. 

Saya buat apa yang saya minat. Nak tahu apa yang anda minat? fikirkan apa yang anda suka buat dan anda MAHIR dan EXPERT lakukan ketika ini.

Contohnya, saya sangat minat dalam bidang PERTANIAN, lalu saya NEKAD untuk FOKUS sepenuhnya dalam bidang ini dan tinggalkan kerja lain.

Saya belajar cara mencantum/kawinkan buah-buahan, saya buat nurseri, saya jual anak benih, herba, bunga, saya jual kepakaran saya, iaitu adakan seminar / kursus mencantum, buat ebook pasal durian dan cantuman (dalam proses).

Saya juga tulis semua idea-idea dalam blog sebagai rujukan pada para petani, secara tidak langsung, saya dibayar oleh Google dan Facebook apabila iklan mereka tersiar.

Diharap anda dapat sesuatu dari artikel murahan saya, abaikan jika tidak setuju. Jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

About admin 486 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*