3 Jenis PRODUK Sabah Yang Mendapat Permintaan TINGGI Di Semenanjung

Saya dilahirkan di Sabah. Merantau di Semenanjung Malaysia selama lebih 10 tahun. Kini saya jadi petani moden dan jadi penulis sepenuh masa di rumah.

Saya lebih tenang hidup di kampung, jauh dari kesibukan di kota besar. Saya bercucuk tanam sendiri, makanan semua fresh dan percuma hasil tanaman dari titik peluh sendiri.

Buat anak muda yang terasa ‘boring’ dengan kerja makan gaji mahu kehidupan baru, baliklah kampung, usahakan tanah mak ayah yang terbiar, jangan jual. Pertanian tidak pernah pupus di muka bumi.

5 Jenis PRODUK Sabah Yang Mendapat Permintaan TINGGI Di Semenanjung

1. Pisang Saba / Nipah – Sabah adalah pengeluar terbesar pisang Saba. Tanaman ini mendapat permintaan tinggi kerana boleh diperbuat pelbagai produk seperti kerepek, kuih kek, pisang goreng dan sebagainya. Harga borong sekilo pisang saba sekitar rm1 manakala harga pasaran di semenanjung sekitar rm3-4.

2. Ikan Bilis / Hasil laut – Permintaan ikan bilis, ikan masin dan hasil laut meningkat terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya. Ikan bilis bulat, ikan bilis kopek atau ikan bilis belah, ikan bilis mata biru, ikan masin dan udang kering antara yang mendapat permintaan tinggi.

3. Tarap / Bambangan – Ramai komuniti Borneo yang tidak dapat balik kampung mencari produk ini Semenanjung. Buah-buahan ini selalunya laku keras dan cepat habis kerana ia merupakan makanan eksotic orang sabah / sarawak.

4. Bosou / Tuhau – salah satu makanan tradisi orang Sabah yang paling digemari, bosou sejenis jeruk dari campuran ikan atau sayur-sayuran manakala tuhau adalah sejenis tumbuhan yang dijeruk dan dimakan bersama makanan lain.

Selamat menyambut Pesta Kaamatan 2020 dari saya kepada semua pembaca diseluruh dunia.

Jangan lupa share jika anda rasa artikel ini bermanfaat – Sifudurian

Kredit pic Borneodihati

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*