50 Hari Sahaja Boleh Dituai, Tips Dan Potensi Pendapatan Tanaman Tembikai Susu

Tembikai susu merupakan sejenis tembikai yang sangat popular di Malaysia kerana keunikkan rasanya. Buah ini mempunyai habitat pokok yang gemar menjalar dan memanjat. Petani yang berminat untuk menanam tembikai susu digalakkan untuk menyediakan pancang supaya pokok dapat tumbuh dengan baik.

1. Lokasi yang sesuai untuk menanam buah tembikai susu, seeloknya lokasi yang mendapat pencahayaan terus dari matahari. Selain itu, pH tanah bagi tanaman buah ini haruslah berkeadaan pH 6.5 sehingga 7.00. Ini dapat mengurangkan risiko menghasilkan buah yang cepat rosak.

2. Bagi satu pokok tembikai susu, saiz lubang tanah adalah 12x12x12 inci dan baja yang sesuai digunakan adalah baja organik. Selesai pembajaan, tanah hendaklah ditutup dengan plastik hitam selama 3 minggu bagi proses pereputan baja.

3.Bagi proses semaian pula, benih buah tembikai susu hendaklah disemai menggunakan tanah “Growmix” dan disemai sedalam 1cm. Percambahan benih akan mengambil masa empat hingga 14 hari. Kemudian, anda dikehendaki untuk menggunting lebihan pokok yang bercambah. Biarkan satu cambahan sahaja.

4. Setelah pokok bercambah, pokok hendaklah dialihkan ke tempat yang mendapat pencahayaan terus dari matahari terik setiap dua jam sehari.Tujuannya adalah untuk mengukuhkan pokok. Ulang sehingga tiga ke empat hari. Kemudian, alihkan ke dalam lubang yang telah digali. Pada peringkat awal ini, pokok tembikai susu hendaklah ditutup dengan botol air bersaiz 2.5 liter. Ianya adalah untuk mengelakkan dari serangan serangga perosak.

5. Bagi proses merimbun pula, pokok yang sudah mempunyai 4 set daun, hendaklah digunting tunas utamanya agar tumbuh tunas yang baru. Biarkan empat tunas yang kukuh sahaja di pokok. Setelah dua minggu anda perlu menggunting tunas yang lemah, hal ini bagi mengelakkan berlaku perjangkitan pada pokok.

6. Pokok tembikai susu juga memerlukan pendebungaaan. Proses pendenbungaannya haruslah dilakukan secara manual. Satu kuntum bunga jantan cukup untuk didebungakan dengan empat kuntum bunga betina. Setelah pendebungaan menjadi, anda perlu membalut bunga tersebut dengan plastik bagi mengurangkan risiko diserang lalat buah.

7. Pokok tembikai susu, hendaklah disiram setiap hari sehingga berbuah. Setelah berbuah, buah tersebut hendaklah diikat dengan plastik. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban pada pokok. Tanda buah sudah boleh dituai adalah dengan melihat tangkainya yang mula pecah.

Tempoh penuaian sekitar hari ke 50 sehingga hari ke 55. Potensi pendapatan bagi tanaman ini boleh mencecah sehingga RM60,000 setahun dengan hasil tuaian 390,000kg. Anggaran harga bagi sekilo tembikai susu adalah RM1.80 sehingga RM2.50 dengan berat purata 2.0-2.5 kg.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, silakan SHARE di facebook – Sifudurian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*