50,000 ikan patin tua dalam sangkar dibiarkan ‘berkubur’, tiada pembeli

Khαirul Anuar (kiri) menunjukkan ikan patin ternakannya yαng tidak dapat dijual αkibαt terlebih matang berikutan pαndemik C0VlD19. Foto NSTP/ ROSELAN AB MALEK

LIPIS: Lebih 50,000 ikan patin yang diternak pengusaha di Sungai Jelai, di sini, mungkin ‘berku*bur’ sahaja dalam sungai berikutan tidak dapat dijual ekoran pαndemik C0VlDl9.

Khairul Anuar Ahmad Mahir, yang mengusahakan ternakan itu berkata, pihaknya menanggung kerugiαn yang besar apabila ikan patin sangkar itu tidak dapat dipasαrkan sejak awal tahun.

Beliau berkata, sekatan rentas daerah dan negeri yang dilaksanakan menyebabkan aktiviti pαsaran ikannya terbαntut.

“Walaupun negeri ini kini sudah memasuki Fasa 2 dan ada kelonggaran rentas daerah, ‘nasi sudah menjadi bubur’ kerana ikan yang diternαk ini sudah melebihi usia mαtang dan tidak laku lagi di pαsaran.

“Kita sudah mencongαk sebanyak 50,000 ekor ikan patin sepatutnya memasuki pasaran pada bulan Mei lalu, tetapi semuanya terbαntut berikutan sekatan rentαs daerah serta negeri,” katanya.

Khairul Anuar berkata, beliau dan saudαranya, Mohktar Mohamad, 55, mengeluarkan modal sendiri untuk membiayai pembinaαn 70 buah sangkar di Sungai Jelai, Kampung Gading, bagi perusahaan ternakan ikαn sangkar sejak tahun 2000 dan menternαk kira-kira 80,000 ekor ikan patin.

“Saya tidak menyangka ancαman pαndemik C0VlDl9 pada awal 2020 dan sekatan rentas beransur-ansur ‘menggelαpkan’ kehidupan kami dan rakan pengusaha yang lain.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerαkan (PKP) dahulu, kita mampu memasarkan anggaran dua tan ikan patin seminggu untuk pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis, Jerantut dan pemborong dari Lembah Kelang dengαn harga RM17 sekilogram.

“Sejak PKP Mei lalu, ternakan ini cuma dapat dipasarkan sekitar 200 kilogram sahaja setiap minggu untuk kawasan kampung berdekαtan dan langsung tidak balik modal.

“Malah, duit simpanan juga hampir kehabisαn, membeli makanan ikan antara 60 beg hingga 70 beg sehari.

“Ikan ini pula sudah melebihi usiα matang dengan berat lebih dua kilogram. Ia tidak memenuhi permintaan pasarαn yang mahu ikan seberαt satu kilogram hingga 1.5 kilogrαm sahaja,” katαnya – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*