6 Cara Paling Berkesan Menghalau Cicak – Petua Mudah

1. Pastikan tiada sumber makanan yang terdedah
Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dan bersihkan peralatan dapur selepas memasak. Bersihkan meja makan dan jangan lupa untuk tutup tong sampah.

2. Tutup sebarang rekahan pada pintu, tingkap atau dinding
Rekahan-rekahan ini merupakan “pintu masuk’ mudah bagi cicak untuk masuk ke dalam kawasan rumah anda. Selain itu, haiwan ini juga boleh menyembunyikan diri di celah-celah rekahan. Jadi, tutuplah rekahan dinding rumah anda. Selain itu, anda juga boleh letakkan jaring di bahagian-bahagian rumah seperti laluan keluar masuk udara.

3. Pelihara kucing
Kucing mempunyai naluri memburu dan walaupun secara tidak langsung, perkara ini boleh mengurangkan populasi cicak di rumah anda.

4. Menggunakan kulit telur
Kulit telur merupakan antara langkah yang paling popular untuk menghalau cicak dari rumah anda. Anda juga boleh gunakan telur burung puyuh.Letakkan di sekitar kawasan rumah di mana cicak sering dilihat, ia boleh menghalau cicak dari kawasan tersebut. terdapat bahan sulfur dalam kulit telur yang akan membakar abdomen cicak. Gantikan kulit telur setiap tiga minggu.

5. Menggunakan bawang merah
Bawang merah boleh dipotong, atau dikisar dan diletakkan di tempat yang disukai cicak.Kandungan bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik akan membuatkan cicak tidak gemar dan akan menghindari kawasan itu. Selain itu, anda boleh gunakan bawang putih sebagai alternatif.

6. Cuka, lemon dan serbuk cili
Cicak sangat tidak suka pada bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.

Ini cara-caranya :

1. Campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili.
2. Kemudian, larutkan dengan cuka dan air.
3. Masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut sebati.
4. Semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.

Selamat Mencuba!

Artikel ini dipetik dari iproperty dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*