Tuan Ada Tanam Durian? 6 KELEBIHAN Tanam MUSANG KING (D197) Berbanding Klon Durian Lain

MUAR 14 JULAI 2018. Peniaga, Hanafi Md Taib (kiri) bersama rakan memunggah dan menyusun buah durian jenis D101 dan D13 yang dijual dengan harga berlainan mengikut gred dan saiz di Taman Pagoh Jaya. Beliau yang telah mengusahakan perniagaan bermusim ini hampir 20 tahun dengan membekalkan kira-kira 70 tan buah durian sehari untuk pasaran domestik dan Singapura. NSTP/ADI SAFRI

Durian musang king boleh dikatakan sebagai ‘maskot’ pertanian di Malaysia. Semua negara di dunia sudah mula melihat musang king sebagai buah yang kena dengan gelarannya, RAJA BUAH.

Bagi penggemar durian, tidak SAH jika klon Musang King tidak tersenarai dalam koleksi buah-buahan anda di kebun.

Kelebihan Tanam Durian Musang King Berbanding Klon Durian Lain

1. Harga tinggi di pasaran dalam negara – RM50 sehingga RM80 untuk satu kilo (harga pasaran), manakala harga borong sekitar rm35-40 sekilo

2. Harga tinggi di pasaran luar negara – eksport ke Hong Kong m4mpu mencecah RM500-800 per kilogram (jual dlm bentuk sejuk beku)

3. Selalu dieksport ke negara maju, banyak permintaan dari negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia dan China.

4. Hasil dari pokok durian pelbagai iaitu bukan setakat buah yang dimakan fresh, boleh juga dibuat kek durian, produk perfume, coklat durian, pes durian, kek durian dan sebagainya

5. Dengan klon terbaik berpotensi menghasilkan buah yang banyak – 90-130 biji untuk satu pokok atau 150-170kg untuk satu pokok.

6. Potensi produk hiliran (proses) yang lebih pelbagai berbanding produk lain.

Sudah ketahui kelebihan menanam dan mengusahakan tanaman durian musang king ? jangan tunggu lama2, masa itu emas, jangan cemburu melihat durian jiran berbuah tapi anda sepokok pun takde!

Apa lagi jadikan pelaburan untuk masa hadapan, walaupun agak lama mendapatkan hasil, namun pulangannya terjamin. Dengan segala ilmu dan tunjuk ajar dari yang arif.

Silakan SHARE kepada semua info yang bermanfaat ini – Sifudurian

 

 

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*