6 Sebab Bunga Dan Putik Durian Gugur Sebelum Matang Dan Cara Mengatasinya

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila tiba musim durian, bunga durian bukan main lagi banyaknya! tapi bila dah jadi putik sebesar bola ping pong, banyak yang gugur sebelum menjadi matang.

Siapa yang tak sakit hati kan, duit pun dah ribu-ribu keluar, tapi buah yang menjadi hanya 2-3 biji je. Itu pun kena berebut dengan sang tupai.

Artikel pagi ini saya mahu kongsikan 6 sebab utama bunga dan putik durian jatuh sebelum matang dan solusinya.

1. Belum matang – pokok durian biasanya mula belajar berbuah seawal 4 tahun jika di jaga dengan penuh kasih sayang iaitu pemberian baja yang teratur.

Caranya tabur dengan baja subur NPK 15.15.15 sekali dalam 3 bulan selang seli dengan baja foliar/cecair seperti Fastgrow, Bio Booster, Chitosan, baja organik, baja kompos dan sebagainya. Sebelum musim berbuah, tabur dengan baja buah NPK 12.12.17 untuk melebatkan buah.

Umur durian sebegini biasanya akan banyak putik durian gugur, itu normal sebab durian baru belajar berbuah. Jika menjadi pun tidak banyak. Durian akan matang sekitar 6-7 tahun. Lagi tua pokok durian itu lagi sedap isinya.

2. Membaja time berbuah – ramai yang membaja durian semasa berbuah. kononnya supaya pokok subur dan banyak buah. Membaja semasa musim durian berbuah sebenarnya menyebabkan putik durian gugur kerana tindak balas terhadap baja yang bersifat ‘panas‘.

Sebaiknya sebulan sebelum musim durian berbunga, anda perlu tabur dengan baja penggalak buah NKP 12.12.17 supaya pokok mendapat nutrien yang cukup untuk pokok berbuah lebat. Contoh, jika musim durian keluar bunga adalah bulan 3, kenalah tabur pada bulan 2.

Lagi satu, sebulan sebelum tabur baja buah, kena tabur dengan baja subur untuk memulihkan kembali tanah dan membekalkan nutrien pada pokok supaya sihat.

3. Kurang Agen Pendebungaan –  antara agen pendebungaan pada durian adalah seperti semut, kelulut lebah madu, kelawar dan serangga lain serta tiupan angin.

Jadi saya sarankan anda bela serangga seperti kelulut, lebah madu dan pastikan serangga2 ini buat kerja mereka.

4. Tidak tanam D24 /D99 – salah satu sebab durian kurang produktif dan kurang buah adalah ramai pekebun tidak mahu campur adukkan pokok durian branded mereka seperti Musang King dan black thorn dengan pokok yang RAJIN BERBUAH seperti D24 dan D99.

Anda WAJIB tanam pokok lain sekurang2nya dua klon berlainan untuk tujuan pendebungaan. Saya cadangkan anda tanam klon yang saya sebutkan diatas tadi untuk menarik lebih ramai kelulut dan lebah untuk buat pendebungaan silang.

5. Cuacahujan lebat dan angin kuat terutama waktu malam boleh menganggu proses pendebungaan durian.

suhu yang panas melampau juga boleh menganggu proses pendebungaan kerana pokok kekurangan air, putik durian jatuh dan tidak menjadi.

Keadaan tanah yang kering dan pokok tidak mendapat cukup air boleh menyebabkan buah gugur dan jatuh sebelum matang. Pastikan siram pokok durian dengan banyak jika musim panas berlanjutan ketika musim durian.

6. Serangga perosak – putik durian d1serang ulat buah, solusi sembur dengan racun serangga menggunakan pam penyembur racun kawalan jauh.

Pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang cukup, tebang pokok berhampiran yang tidak berkualiti.

Buat pruning atau pemangkasan durian dan potong tunas atau dahan yang tidak berkualiti supaya kulat dan serangga tidak bersarang pada pokok.

Pastikan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari yang cukup serta pengudaraan yang baik. Haiwan seperti monyet dan tupai juga boleh menganggu proses pendebungaan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di wall facebook anda – Sifudurian

 

 

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*