7 jenis durian yang harus dinikmati pada musim durian

(atas gambar hiasan)

Musang King dikatakan sebagai durian paling popular kerana rasa manis yang enak.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia, bulan Jun adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun.

Ketika ini suasana tepi jalan meriah dengan 1onggokan durian diletakkan oleh penjualnya sekali gus menandakan tibanya musim raja buah.

Tidak dinafikan, sebahagian besar daripada kita mendambakan kelazatan rasa durian setiap kali kedatangan musimnya.

Walaupun terpa’ksa duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda masih boleh mendapatkannya secara atas talian untuk dihantar terus ke pintu rumah.

Namun, durian jenis apakah yang paling mencuri hati anda? Secara umumnya, durian dibahagikan kepada dua jenis, manis atau sedikit pa’hit.

Biarpun ramai yang meminati kedua-duanya tetapi kebanyakan lebih menggemari rasa antara pahit dan manis.

Malaysia adalah negara yang bertuah kerana tanahnya begitu sesuai dengan tanaman pokok durian, menyebabkannya tidak begitu su’kar untuk anda mencari pelbagai jenis durian.

Ini adalah beberapa jenis durian yang anda patut tahu:

1. Musang King

Tidak susah untuk mengenali salah satu jenis durian yang terkenal ini apabila ia banyak dijual di pasaran tempatan.

Durian yang dibiasanya ditanam di Kelantan, Pahang dan Johor ini kekal sebagai pemegang ‘takhta’ durian paling popular.

Ini mungkin disebabkan rasa isinya yang lemak dan warna kuning terang dilihat pada durian ini.

Bagaimana untuk membezakan Musang King dengan durian jenis lain? Duri berbentuk piramid pada pangkal batang menjadi petunjuk selain bentuk bintang pada pan’gkal buah.

2. D24

Sebelum Musang King diperkenalkan, durian D24 sering menjadi pilihan utama peminat durian. (Gambar Pinterest)

Pesaing terdekat Musang King, D24 kadangkala turut dikenali sebagai Sultan atau D24 Sultan.

Menariknya, D24 pernah memenuhi lokasi terkenal jualan durian sekitar 1990an sebelum Musang King diperken’alkan di pasaran.

Rasa isi durian D24 dikatakan lebih lembut berbanding Musang King namun ia tetap penuh dengan tekstur berkrim.

Ada yang mengatakan bahawa D24 adalah pilihan terbaik raja buah untuk diperkenalkan kep’ada mereka yang belum pernah merasai durian sebelum ini.

Selain warna isinya yang kuning kehijauan, pangkal batang yang lebih pendek dan bulatan ber’warna coklat perang pada bawah buah menjadi ciri utama D24.

3. XO

Seperti namanya, XO terkenal kerana mempunyai rasa mirip alko’hol (Gambar Flickr)
Jika anda suka rasa durian lebih kuat, durian XO adalah pilihan terbaik buat anda.

Isinya berwarna kuning pucat dan agak berair berbanding jenis durian yang lain selain dikatakan mempunyai rasa seakan alko’hol.

Rasa itu adalah hasil daripada proses penap’aian yang berlaku ketika buah itu sedang masak.

Dengan kulit berwarna hijau keperangan, ia memiliki bentuk bujur dengan duri yang meruncing ke arah bawah buah.

4. Udang Merah

Dinamakan kerana warna kemerahannya, rasa durian Udang Merah ditentukan oleh usia pokoknya. (Gambar Pinterest)

Kadangkala ia disebut dalam bahasa Melayu sebagai Udang Merah kerana isinya mempunyai warna jingga dan kemerahan.

Jika menyentuh isinya, ia agak mele’kit dan durian jenis ini sesuai kepada mereka yang suka dengan rasa manis.

Anda dikatakan boleh meneka usia pokok berdasarkan rasa buahnya apabila pokok lebih muda mempunyai rasa manis berbanding pokok tua.

Malangnya, biji durian Udang Merah juga dikatakan lebih besar berbanding durian biasa menyebabkan isinya agak nipis.

Durian ini mempunyai kulit berwarna keperangan dengan duri agak pendek dan jarang.

5. Golden Phoenix

Walaupun saiznya agak kecil, Golden Phoenix mempunyai bau kuat dengan isi yang enak. (Gambar Facebook)

Jika durian Udang Merah sesuai untuk mereka yang sukakan rasa manis, Golden Phoenix pula lebih kepada mereka yang suka rasa pa’hit.

Warna isinya yang lebih pucat dan berair kadangkala disangka sebagai durian busuk oleh mereka yang tidak biasa dengan jenis ini.

Anda mungkin pelik melihat saiznya tidak seperti biasa memandangkan ia lebih kecil.

Walaupun begitu, isinya tidak menge’cewakan dan menjadi pilihan mereka yang ingin menikmati durian dalam keadaan berjimat.

Dengan rasanya yang kuat, anda tidak mungkin terlepas daripada terhidu bau harum durian ini dari jauh.

6. Black Thorn

Sejenis durian dalam kelasnya tersendiri, kualiti Black Thorn tidak begitu jauh beza daripada Musang King. (Gambar Facebook)
Berasal dari Pulau Pinang, durian Black Thorn sering dikategorikan sebagai gred durian paling tinggi dan harganya juga sudah tentu sesuai dengan kualiti.

Ia mempunyai rasa yang manis dan isinya pula sering dibandingkan dengan rasa kas’tard dengan warna kekuningan atau jingga.

Black Thorn sering dibandingkan dengan Musang King namun namanya melambangkan warna hujung durinya yang sedikit gelap.

7. Black Pearl

Dengan saiz biji durian yang lebih kecil, Black Pearl mempunyai isi yang agak tebal. (Gambar Pinteres)
Durian ini bukanlah datang bersama Kapten Jack Sparrow tetapi ia terkenal dengan alasannya tersendiri.

Namanya berasal daripada biji yang dikatakan agak kecil untuk buah durian dan mempunyai bentuk sf’era seperti mutiara.

Orang mungkin menganggap biji yang kecil memberi isi lebih tebal namun saiznya tetap dianggap kecil di kalangan keluarga durian.

Selain saiz, batangnya lebih pendek serta mempunyai isi yang berwarna kuning pu’cat.

Dengan rasa lebih lembut, ia adalah pilihan terbaik kepada mereka yang tidak sukakan rasa terlalu kuat – Free Malaysia Today dot com

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*