9 Cara Halau Semut Guna Bahan Di Rumah. Confirm Semut Lari!

“Eh, baru tinggalkan makanan ni sekejap dah kena hurung dengan semut. Dari mana datangnya tak tahulah. Puas aku ‘spray’ dengan penyembur serangga semalam. Masih banyak lagi rupanya. Apa petua halau semut yang berkesan ya?”

Memang stress kalau segala makanan asyik dihurung semut. Terus terban’tut selera nak makan. Bukan setakat makanan manis saja yang semut suka. Dalam bekas air kosong ianya selalu dijumpai. Tak tahulah secara sengaja atau ‘terse’sat’.

Oleh kerana kebanyakan masa semut-semut ini berada di bahagian dapur yang mengandungi banyak makanan, tentu ada ibu-ibu yang rasa tak selesa menggunakan ra’cun serangga. Lebih-lebih lagi kalau dalam rumah ada anak kecil dan bayi.

Jadi, cuba petua berikut untuk meng’halau semut di rumah anda secara semulajadi.

9 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RA’CUN!

CUKA – Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

KAYU MANIS & CENGKIH – Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

SERBUK KOPI

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

SODA PENAIK – Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerang’kap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membu’nuh semut-semut tersebut.

Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.

DAUN SIRIH – Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

AIR LADA – Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.

Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

KULIT TELUR

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

KULIT LEMON / OREN – Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.

Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

DAUN PANDAN – Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!

PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH

Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.

Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menye’rang kediaman anda.

Selamat mencuba! – Siraplimau.com

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*