Abam Bomba Bercucuk Tanam Ditempat Kerja Elak Stress

Manjung: Usaha anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, di sini, yang gigih menanam lebih 60 jenis tanaman termasuk herba sejak Jun lalu sudah membuahkan hasil.

Ketua BBP Seri Manjung, Shuib Idris berkata, inisiatif hasil cetusan idea ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, sekali gus menjadikan balai bomba itu melaksanakan pertanian dalam bandar.

Menurutnya, ia juga dapat memanfaatkan ruang seluas 0.4 hektar dengan aktiviti bercucuk tanam sekali gus dapat mengindahkan landskap balai bomba terlibat.

“Untuk Taman Herba, kami mempunyai 60 jenis tanaman seperti tongkat ali, temulawak, setawar hutan, lemuju dan sambung nya.wa.

“Selain itu, kami turut menanam pisang, tebu, sawi, kacang tanah, nanas, limau kasturi dan tembikai susu dengan semuanya ditanam secara organik dan untuk kegunaan warga balai,” ujarnya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Katanya, usaha itu membabitkan pembabitan 55 anggota di balai bomba berkenaan yang menggunakan konsep tanaman giliran dan sehingga kini, sudah empat kali hasil dituai.

“Setiap anggota disaran memyumbangkan satu tanaman dan kerja pertanian dilakukan ketika tugasan penyelenggaraan landskap yang berjadual dan tidak mengganggu waktu bertugas.

“Inisiatif ini juga lebih kepada kecergasan dan kerohananian serta dapat mengelak tekanan ketika bertugas sekali gus mengeratkan hubungan sesama anggota,” katanya.

Menurutnya, mereka turut membela 15 ekor ayam dan anggota juga menghasilkan inovasi sinki daripada barang terpakai dengan pengimbas untuk membasuh tangan tanpa perlu sentuhan.

Menurutnya, pihaknya juga merancang menjadikan BBP Seri Manjung sebagai balai bomba pelancongan dalam usaha menggalakkan orang awam mengenali sejarah, tugas dan peranan anggota bomba.

“Kami menyediakan sudut swafoto di hadapan balai dengan dekorasi menarik menggunakan barangan terpakai dan tiada halangan untuk orang awam bergambar, malah ada sudut sejarah dan kapal simulasi juga,” jelasnya – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*