Abang Pejabat Perlu Tahu 4 Asas Sebelum Mula Bercucuk Tanam

Bagi yang baru nak mula bertani, anda perlulah mengenali empat keperluan asas pokok ini dahulu. Apabila sudah kenali perkara-peraka asas, pastinya proses bercucuk tanam akan jadi mudah dan seronok. Ini adalah empat keperluan asas yang perlu kita tahu.

  1. Air

Air merupakan komponen yang paling utama diperlukan oleh pokok. Secara purata, 80 – 90 % dari berat tanaman adalah air.

Air berperanan sebagai medium pengangkutan nutrient di dalam tumbuhan. Ia juga diperlukan dalam proses fotosintesis. Air juga membekalkan unsur hydrogen kepada pokok.Jika tanaman kita tak cukup air, kita boleh nampak dengan jelas kesannya iaitu pokok akan jadi layu dan boleh mati selepas beberapa hari tanpa air.

  1. Cahaya

Cahaya sangat diperlukan oleh pokok untuk proses fotosintesis. Dengan adanya cahaya, pokok dapat memproses makanan (baja dan air)

Kekurangan cahaya boleh menyebabkan daun kurang hijau dan pokok akan terbantut tumbesarannya. Kesannya, hasil yang diperolehi nanti akan berkurangan antara 30% – 50%.Secara umumnya, kebanyakan tanaman memerlukan antara 15,000 – 45,000 lux cahaya untuk pertumbuhan yang baik dan normal.

  1. Udara

Di dalam udara, ada dua komponen utama yang diperlukan oleh pokok iaitu karbon dioksida (CO2) dan oksigen (O2). 2-2 komponen ini pokok dapat melalui daun.Karbon dioksida diperlukan untuk menghasilkan makanan. Oksigen pula diperlukan untuk proses respirasi iaitu proses menukar makanan kepada tenaga.Pengudaraan yang cukup dan sempurna sangat penting bagi memastikan tanaman dapat hidup subur dan sihat. Jika pengudaraan tidak baik, risiko pokok kita untuk diserang penyakit yang disebabkan kulat adalah tinggi. Selain itu, akar juga memerlukan pengudaraan yang baik. Adalah sangat penting untuk kita memastikan media yang digunakan adalah poros @ peroi kerana ia sangat baik kepada pengudaraan akar.

  1. Baja @ nutrient

Nutrien ni istilah standard yang digunakan dalam sains pertanian. Nama lain yang glamour dikalangan pekebun adalah baja.Dua sumber nutrient yang pokok boleh dapat iaitu nutrient yang telah tersedia di dalam media @ tanah dan nutrient yang dibekalkan melalui pembajaan.Sebahagian besar nutrient ini diperolehi melalui akar dan ada juga melalui daun.

 

Kredit : Sahabat Kebun Anda

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*