Air Kencing ‘Berdarah’ Selepas Makan Buah Naga! 7 Kesan Ini Akan Terjadi Serta-Merta

Pernahkah anda makan BUAH NAGA dan mendapati air kencing dan najis menjadi warna merah seperti mengalami pendarahan dalaman?

Buah naga yang berwarna merah sebenarnya kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai Betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah.

Adakah ia merbahaya? jawapannya TIDAK!

Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang amat baik untuk kesihatan badan. Ianya juga SELAMAT untuk di makan oleh wanita hamil dan waita yang sedang menyusukan anak.

Khasiat Buah Naga Yang Ramai Tidak Tahu

1. Melambatkan Proses Penuaan

Anda tanya sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia. jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan. Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

2. Mencegah Kanser

Selain dari Vitamin C, Buah Naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Selain itu, lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat

3. Kesihatan Jantung

Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik’. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

4. Kencing Manis

Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula dalam badan. Ia juga mampu mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.

5. Penghadaman

Serat membantu melancarkan system penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh

Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang Sihat

Jika anda tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, anda boleh cuba amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan.

Kredit: Public Health Malaysia

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*