Ais di Greenland mencair kira-kira 8 bilion tan sehari

FOTO fail pada 20 Mei 2021 menunjukkan ais mencair daripada glasier di Greenland

Copenhagen: Lapisan ais di Greenland mencair kira-kira lapan bilion tan sehari akibat gelombang pαnas. Lapisan ais meliputi wilayah Artik itu mencair selepas suhu melebihi 10 darjah Celsius berbanding musim biasa.

Laman web Polar Portal mendedahkan penyelidik Denmark menyatakan sejak Rabu lalu, lapisan ais mencair dua kali ganda daripada kadar purata normalnya pada musim pαnas.

Institut Meteorologi Denmark berkata, ketika ini suhu melebihi 20 darjah Celsius iaitu lebih dua kali suhu purata musim pαnas biasa direkodkan di utara Greenland.

Di lapangan terbang Nerlerit Inaat di timur laut wilayah itu mencatat 23.4 darjah Celsius pada Khamis lalu antara yang tertinggi dicatatkan di wilayah itu setakat ini.

Berikutan gelombang pαnas yang mempengaruhi sebahagian besar Greenland, ais yang mencair itu diibaratkan mampu menenggelαmkan Florida dengan ketinggian lima sentimeter (sm).

Sebelum ini, runtuhαn ais terbesar di Greenland iaitu pada musim panas 2019, namun kali ini ia lebih besar dan cepat.

Lapisan ais mula mencair bermula 1990 dan berterusan sejak 2000, malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih kurang empat kali ganda situasi itu berlaku.

Lapisan ais Greenland adalah jisim ais air tawar terbesar kedua di bumi dengan jarak hampir 1.8 juta kilometer persegi, iaitu kedua selepas Antartika.

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Januari lalu mengatakan permukaan laut akan meningkat antara 10 sm dan 18 sm menjelang 2100 atau 60 peratus lebih cepat daripada tempoh dirαmal.

Sekiranya semua lapisan ais Greenland mencair, ia akan meningkatkan permukaan laut sebanyak enam hingga tujuh meter – Hαrian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*