Akak Jangan Sedih Sangat, Ini Petua Lebatkan Pokok Mulberi Yang Malas Berbuah!

Jika anda ada menanam pokok Mulberry namun buahnya tidak ‘meriah’ seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, anda boleh cuba petua yang saya kongsikan ini.

Mungkin anda tertanya-tanya kan kenapa pokok mulberi tak berbuah lebat atau langsung tak berbuah walaupun dah tanam sekian lama.

Saya baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang mengamalkan petua ini. Ada cara untuk pokok mulberry berbuah lebat.  Mulbery kampung je.

Ini teknik yang beliau gunakan: 

1. Cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Jangan risau pokok tak akan mati ya.

2. Ini adalah cara untuk memaksa pokok ‘stress’ dan mula berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-puitk buah.

3. Bila buah sudah ada sikit-sikit warna merah, ulang step 1 tadi, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.

4. Dua peringkat gugurkan daun. iaitu untuk memaksa pokok berbuah dan untuk tumbesaran buah.

5. Untuk pembajaan, boleh guna baja kopi atau apa-apa baja foliar untuk baja subur dan baja buah.

6. Daun yang di luruhkan boleh di buat sayur, yang sudah agak matang boleh di goreng celup tepung. Yummy!

Semoga memberi manafaat kepada semua. Jangan lupa share jika anda rasa artikel ini bermanfaat. Terima kasih sudi singgah – Sifudurian via Sk agro

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*