Amalkan 5 Cara Mudah Turunkan Paras Gula

Antara punca penyaki kencing manis adalah dengan mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah.  Gula dalam darah yang tinggi turut dikenali sebagai hiperglikemia.

Antara tanda awal menunjukkan paras gula yang tinggi dalam darah adalah rasa terlalu dahaga, sakit Kepala, sukar untuk fokus, penglihatan yang kabur, kerap membuang air kencing, sentiasa rasa letih yang berpanjangan dan gula darah lebih 180 mg/dL.

Antara amalan mudah yang korang boleh amalkan adalah seperti:

Kurangkan Karbohidrat – Kalau kita makan karbohidrat terlalu banyak ini akan menyebabkan fungsi insulin kita bermasalah lantas paras gula dalam badan akan naik. Maka, caranya adalah kurangkan pengambilan karbo dalam sehari.

Kerap melakukan senaman – Antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengurangkan paras gula dalam darah adalah, berlari, joging, berenang, berbasikal, menari, angkat berat dan berjalan.

Makan makanan yang rendah Indeks Glisemik – Indeks Glisemik adalah satu pengukuran atau pengiraan terhadapa makana mengenaik bagaimana makanan tersebut menyebabkan lantunan paras gula dalam darah. Contoh makanan indeks glisemik adalah, sayur-sayuran, ikan, daging, barli, susu, telur dan macam-macam lagi

Amalkan makan makanan yang berserat seperti Oat, Barli, Avokado, Keledek, Brokoli, Lobak putih dan lain-lain.

Kekalkan BMI pada tahap normal. Tahukah anda, berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit. Mereka yang mempunyai berat berlebihan akan mengalami rintangan insulin yang boleh menyebabkan lebihan glukosa dalam darah. Ini boleh mengakibatkan diabetis dan pradiabetis.

Selain itu, kawal stress anda dengan melihat dan berbuat perkara yang menggembirakan. Awasi paras gula yang anda ambil dan InshaAllah, kadar gula berlebihan dalam badan dapat dikurangkan.

Selamat mencuba! –  Rentas asia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*