Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur, Toksin Dan Racun Dalam Badan Akan Hilang

Kehidupan yang sibuk dan sering mengambil makanan segera akan mempercepatkan pengumpulan toksin dan racun di dalam badan kita tanpa kita sedari. Ditambah pula dengan kurangnya aktiviti bersenam atau bersukan serta kerap berada di dalam ruang berhawa dingin tidak membantu badan mengeluarkan toksin secara semulajadi iaitu berpeluh.

Ramai yang mengambil pelbagai jenis vitamin untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa berada pada keadaan paling terbaik walaupun dengan pertambahan umur. Namun tidak ramai yang mampu untuk membelanjakan wang gaji demi kesihatan mereka. Namun itu bukanlah alasan untuk membiarkan toksin terus berumah di dalam badan kita.

Disini Rentas Asia mahu kongsikan satu bahan yang memang selalunya ada di rumah anda. Tidak mahal malahan anda boleh buat sendiri petua ini tanpa perlu sebarang kepakaran seperti chef! Kami perkenalkan bahan hebat itu ialah BAWANG PUTIH!

Bawang putih adalah salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih ialah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan juga mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, serta meredakan selsema.

Bawang putih juga mampu membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon, kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari serta minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Bagi mereka yang ada mengambil ubat dari doktor, boleh dapatkan nasihat doktor anda dahulu sebelum mengamalkan petua ini.

Sumber: Sinar FM

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*