Anak kambing lahir dengan 8 kaki

KOLKATA: Seekor anak kambing yang baru dilahirkan Khamis lalu di Parganas Bangaon mencu’ri perhatian apabila mempunyai lapan kaki dan dua pin’ggul.

Lapor India Today, kambing itu dimiliki oleh Saraswati Mondal yang turut meternak lembu di rumahnya.

Katanya, pada pagi Khamis lalu, seekor kambing miliknya melahirkan dua ekor anak dengan satu daripadanya dilahirkan dengan lapan kaki, manakala, satu lagi dalam keadaan normal.

Bagaimanapun, kambing yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa itu menin’ggal dunia beberapa minit selepas itu.

“Ini adalah kejadian pertama yang saya saksikan sendiri. Selepas lima minit dilahirkan, bayi kambing itu mati. Namun, ibu dan bayi kambing lain masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Kelahiran aneh itu bukan kali pertama berlaku di dunia kerana seekor kambing ber’kaki lapan pernah dilahirkan pada 2019 di Desa Pasi Keubeudom, Aceh – Utusan

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*