Anak Lambat Bercakap, Keputihan, Buasir Sembuh Dengan Air Rebusan Senduduk Putih

Masa skrol di fb tadi, ternampak satu posting mengenai pokok Senduduk. Katanya senduduk yang berbunga putih lebih sukar tumbuh dan dicari.

Time kecil2 dulu selalu makan buah senduduk ungu tu, lepas makan gigi dan bibir jadi hitam baju sekolah habis kotor balik rumah kena bebel emak hahah

Siapa yang ada tanam pokok senduduk putih ni atau tumbuh kat belakang rumah, anda sangat bertuah. Pokok ini memang ‘rare’ dan dikatakan ada ‘penjaga’ nya sendiri.

Kononnya apa sahaja tanaman yang anda tanam akan tumbuh subur dan berbuah lebat. entah betul ke tidak ni saya dengar cerita dari orang dulu2.

Lol! tolong jangan percaya ye, saya mengarut je hehe. Sebenarnya, malaikat yang jaga setiap pokok malah setiap helai daun-daun tersebut.

Artikel kedua pagi ini saya nak kongsikan manfaat pokok senduduk yang semakin di lupakan dan ketinggalan zaman.

Antara khasiat dan manfaatnya adalah seperti berikut:

1. Ubat senggugut / keputihan – ambil 2 ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.

2. Ubat buasir – 3 kuntum dan 3 pucuk makan begitu sahaja. buasir sembuh dengan izin Allah.

3. Sakit perut – minum air rebusan daunnya, sakit akan sembuh dengan izin Allah.

4. Merawat batuk yang sudah lama berlarutan – minum air rebusan airnya, batuk akan sembuh dengan izin Allah

5. Masalah pertuturan – ia dikatakan boleh merawat kanak2 yg ada masalah percakapan yg tidak lancar atau lambat bercakap.

6. Cirit birit – caranya ialah daunnya di tumbuk bersama kunyit dan dicampur dengan air untuk merawat masalah cirit-birit.

Cara semai pokok senduduk:

1. Ada yang cakap semai dari biji, melalui keratan batang atau pucuk muda, celup dengan hormon akar. jujur saya tidak pernah cuba, anda boleh cuba sendiri. dah ramai yang tanam cara ni dan berhasil.

Pokok senduduk atau anak benih pokok senduduk ni dikatakan amat bernilai tinggi dan ada yang menjualnya sehingga rm80-150 sepokok sebab ramai yang mencari untuk tujuan perubatan dan dijadikan sbg pokok hiasan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 161 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*