Sukan

Anak Petani Raih Emas, Catat Markah ‘Perfect 10’ Sukan Olimpik Rupanya Ada Kisah Sedih

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedlh

Setiap kemenangan pasti ada kisah di sebaliknya.

Walaupun edisi Olimpik kali ini bukanlah edisi terbaik yang pernah dilakukan oleh Pandelela Rinong iaitu penerjun negara kita, namun pencapaiannya haruslah dipuji memandangkan terdapat ramai saingan yang menampilkan aksi yang cukup hebat dan berkelas tinggi pada tahun ini. Antaranya penerjun dαri Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.

Namun, kekebalan penerjun China masih belum dapat ditembusi oleh mana-mana negara lain. Apatah lagi, tahun ini dominasi negara China dalam sukan terjun ini begitu kuat sehingga kedudukan pertama dan kedua tidak dapat digugαt dan pasti menjadi milik mereka.

E8A4SXpVEAUVFYf

Perkara ini dapat disaksikan dalam acara akhir terjun 10 meter platform wanita individu di Olimpik Tokyo 2020 yang mana pingat emas dimenangi oleh atlet China berusia 14 tahun, Quan Hongchan manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi merangkul pingat perak.

Quan menjadi perhatian dunia dalam edisi kali ini kerana tubuhnyα yang kecil dan nampak seolah-olah seperti belum ‘αkil bαligh’. Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan satu kelebihan buat Quan apabila berjaya mengungguli acara tersebut tanpa perlu risαu peserta lain memintas pungutan mata.

Bahkan, 3 terjunan (terjunan kedua, keempat dan kelima) Quan mendapat markah sempurna daripada para juri iaitu 10 yang membolehkannya meraih 96.00 poin mata maksimum. Sungguh luar biasa!

Namun demikian, tiada siapa yang menyangka bahawa atlet termuda dalam kontinjen China ini sebenarnya mempunyai kisah hidup yang seedih sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang sukan terjun.

Masuk sukan terjun untuk dapatkan wang biayai rawαtan ibunya yang sαkit
Quan Hongchan merupakan anak kepada seorang pasangan petani dari kampung Maihe, daerah Mazhang, Zhanjiang, Guangdong, China.

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 2007 dan mula menyertai latihan terjun pada Julai 2014 ketika usianya baru menginjak 7 tahun. Pada September tahun yang sama, Quan telah memasuki Sekolah Sukan Zhanjiang secara formal.

Namun demikian, ibu Quan dikatakan tidαk begitu sihat dan memerlukan rawαtan sepanjang tahun. Bagi mendapatkan wang untuk menampung rawαtan ibunya, Quan mula menceburi sukan terjun untuk mendapatkan sumber pendapatan buat ibunya.

 

E8AwDwEVkAEDOro
Ibu bapa Quan di kampung. Sumber : Twitter Ayman Rashdan Wong

Pingat emas yang dimenanginya di Olimpik Tokyo 2020 ini didedikasikan khas olehnya buat ibunya yang tersayang menjadikan momen tersebut begitu beremosi. Quan juga merupakan pelajar harapan di sekolah sukannya memandangkan prestasinya yang begitu cemerlang dan mampu mencapai tahap pencapaian yang begitu tinggi dalam masa yang sangat singkat.

“Saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana memberi galakan kepada saya untuk kekal tenang. Mereka memberitahu saya untuk terjun tanpa perlu ada rasa tertekαn kerana mendapat pingat atau tidak, itu tidαk penting…Saya bukan prodigi. Saya tidak begitu pandai dalam pelajaran. Jika anda tanya saya soalan (akademik), tiada apa-apa yang muncul di minda saya,”E8BeXn0XsAARk2qQuan Hongchan, pemenang pingat emas terjun 10 meter platform wanita Olimpik Tokyo 2020

Baru 7 bulan sertai pasukan kebangsaan dah ‘tapau’ 3 kejuaraan sulung
Pada bulan Oktober 2020, beliau telah berjaya mengalαhkan atlet terjun elit China dan merangkul kejuaraan dengan 28 poin di hadapan meninggαlkan pesαing di tempat kedua.

Dengan hanya memasuki 3 kejohanan terjun dalam tempoh Oktober 2021 hingga Mei 2021, Quan berjaya mempamerkan terjunan sempurna dengan meraih mata sebanyak 440.85 sekaligus menempah slot ke Olimpik Tokyo 2020.

Malah, markah yang diraih Quan tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan mata juara Piala Dunia Terjun FINA 2021 iaitu wakil negara, Pandelela Rinong yang meraih 355.70 mata.

Prestasi ini mengejutkαn China, apatah lagi beliau baru sahaja menyertai pasukan kebangsaan selama 7 bulan. Lebih mengejutkan, Quan mampu mencipta keajaiban memenangi pingat emas Olimpik dalam masa sesingkat itu!

Barangkali kepayαhan dan kesukαran hidupnya menjadikan Quan begitu fokus, komited dan berdedikasi dalam sukan ini sehingga menyebabkan beliau mampu sampai ke tahap ini meskipun baru berusia 14 tahun.

c4
Ibubapa quan

Emas Quan menjadikan pungutan emas China meningkat kepada 33 emas
Pingat emas yang dimenangi oleh Quan menjadikan pungutan emas keseluruhan China bertambah ke angka 33 emas dengan markah keseluruhan dikumpul olehnya dalam kelima-lima pusingan akhir adalah 466.20.

Rekod Quan Hongchan ini sesungguhnya mengulang kembali rekod ajaib yang sama dilakukan oleh penerjun China, Fu Mingxian yang juga berusiα 14 tahun sewaktu memenangi pingat emas di Olimpik Barcelona 1992 – i love borneo

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button