Anggaran Kos Tanam Musang King Untuk 1 Ekar (43,560 kps) – Potensi INCOME Semusim

1. Jarak tanaman durian yang disyorkan – 1 ekar = 43,560 kps, jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman) = 3 jarak tanaman yg disyorkan iaitu 40×40 kaki: 27 pokok / 35×35 kaki: 36 pokok atau30×30 kaki: 48 pokok

2. Sepokok anak benih musang king berharga sekitar rm35 di kebanyakan nursery, lebih banyak anda beli lebih murah harganya.

3. Jika anda mengikuti Kursus Cantuman Durian, anda boleh mencantum sendiri dan dapat mengurangkan kos pembelian bibit durian. Jika ada yang berminat mahu belajar, saya boleh adakan kursus cantuman di area anda.

4. Pastikan bibit yang dibeli adalah tulin dan tidak tersalah beli klon lain, jika tidak sia-sia kerja keras dan penat anda tunggu hasil selama 5 tahun akhirnya kecewa kerana berbuah durian lain.

5. OK, anggaran bajet untuk tanam durian musang king di tanah berbukit seluas 1 ekar (slope sekitar 10°-15°), contohnya 1 pokok berharga rm35. jarak tanam 25×25 kaki = 50 pokok. rm35 x 50 = rm1750 per ekar

6. Selain modal membeli bibit musang king, ia tidak termasuk kos-kos seperti membersih tapak, buat teres, kos pekerja, kos racun, kos baja, kos transport/ minyak kereta dan lain-lain. Jika mahu jimat, 70% kena buat sendiri.

8. Selepas 5-6 tahun, jika dijaga dengan penuh kasih sayang, anda akan mendapat hasil sekitar rm105,000 / ekar untuk semusim. Cukup untuk duit poket dan boleh pencen awal hehe…

9. Pasaran durian sejuk beku Musang King Malaysia adalah ke negara luar seperti China, US, Singapore dan harga boleh mencecah rm200 sekilo. Durian berjenama adalah produk yang paling laris ketika ini.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*