Anggur Ninel, Trans berbuah lebat di Tumpat

TUMPAT – Beriklim khatulistiwa dan bukanlah di kawasan tanah tinggi, tetapi dapat memetik anggur segar yang ditanam di halaman rumah.

Di Kampung Belukar di sini, sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke rumah Wan Yus0ff Abdul Rahman, 37, pastinya teruja.

Teruja apabila dapat berjalan di bawah rimbunan buah anggur Ninel, Trans, Jupiter, Uzbekistan, dan Dix0n yang sangat lebat dan dapat memetiknya sendiri.

Wan Yus0ff berkata, dia mahu menjadikan kebun anggur yang di tanam di halaman rumah berk0nsepkan petik, timbang dan bayar.

“Itu perancangan saya, tetapi setakat ini anggur yang berbuah ini diberi percuma setiap kali ada yang singgah di kebun saya.

” Ramai kawan-kawan dan 0rang sekitar Tumpat dan daerah lain datang berswafoto, ambik vide0 kerana teruja anggur berbuah lebat dan rasanya lebih manis dari negara asalnya,” katanya.

Wan Yus0ff mengusahakan tanaman anggur sejak 2019 lagi sebagai h0bi dan kini menanam 60 pokok anggur di halaman rumahnya.

Katanya, terdapat 30 jenis pokok anggur yang ditanam dan ramai yang teruja rasanya kerana sangat manis.

” Inilah uniknya, walau pun anggur memerlukan kuantiti hujan yang kurang tetapi di Kelantan yang mengalami musim tengkujuh, anggur dapat hidup subur,” katanya.

Menurutnya, hujan adalah musuh utama tanaman anggur ini dan dia membina struktur perlindungan hujan bagi memastikan pok0k anggur dalam keadaan baik.

Katanya, ramai yang tidak tahu p0kok anggur ini sangat lasak dan memerlukan cuaca panas yang terik.

“Ia dapat mengeluarkan hasil empat kali setahun, selepas buah habis dipetik, saya pangkas daunnya dan ia akan berbuah lagi dalam masa 90 hari,” katanya.

Wan Yus0f turut menjual anak p0kok anggur pelbagai jenis dengan harga berbeza mengikut saiz.

Antara jenis anak pokok anggur seperti transfigurasi, ninel, dix0n, akademik, jupiter, Uzbekistan, veles, baik0nur dari pelbagai negara antaranya Russia, Jepun, Ukraine dan banyak lagi – Kelantanupdates.c0m

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*